Saturday, May 21, 2016

bila sedang diuji

bila sedang diuji
kau jaga hati kecilmu
kau jaga sangka-sangka baikmu
kau jaga resah jiwamu
kerna
Allah sayangkan mu
bila sedang diuji...

bila sedang diuji
jangan kecewa membawa gundah
jangan ribut berduka lara
jangan kelam-kelam derita
kerana
Allah ada bersama mu
bila sedang diuji...

bila sedang diuji
padamkan nafsu-nafsu amarah mu
padamkan rasa-rasa khuatir mu
padamkan durja benci celaka mu
kerna
Allah menduga kasih mu
bila sedang diuji...

bila sedang diuji
lakarkan rasa cekal dalam jiwa mu
lakarkan doa-doa sepi gelisah
lakarkan belas kasih yang pernah ada
kerana
Allah pasti membantu mu
bila sedang diuji...

bila sedang diuji
jangan mudah patah semangat
jangan mudah rebah resah keliru
jangan mudah kecewa lara
kerna
Allah Maha Belas Kasih
pada redha sabar mu 
disaat sisa-sisa air mata mu mengalir...
kau pasti akan bahagia
kerana
bantuan Allah akan tiba

bila sedang diuji



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.