Monday, February 27, 2017

kau ingat kau siapa

kau ingat kau siapa!
ada nama
ada harta
ada pangkat
ada segalanya
kau tahu tak?
pernah ada jiwa yang meminta
pernah ada insan yang merayu
dikala jiwanya susah
disaat hatinya berduka
jiwanya mengadu pada mu
bukan jadi peminta sedekah
bukan menjual maruah
tapi
kau!
buat bodoh!
harta bukan segalanya!

kau ingat tak!
ada jiwa yang susah 
ada hati yang terluka
meminta pertolongan dari mu
menitis air matanya
hanya Tuhan yang tahu
kau!
pandang sebelah mata!
kau ingat kau siapa!

aku pemimpin
aku berpangkat
aku artis kegilaan
aku jutawan
aku segalanya
tapi
masih ada kesombongan!
masih ada kedayusan!
masih ada kerakusan!
kasihan sungguh kan!

nak membantu
nak menderma
nak menolong
papar-paparkan di serata dunia
kobar-kobarkan di seluruh tanah
biar mendapat pujian!
biar mendapat balasan!
biar-biar
ada aku kesah!
kasihan sungguh

ingat
asal-usul mu!
ingat
kau akan kembali
suatu masa nanti!
fikir-fikirkan

bila pangkat jadi taruhan

suatu masa
ada jiwa yang meronta
meminta secebis bantuan
bukan jadi peminta sedekah
kepada mereka yang berpangkat
pada mereka yang bernama pemimpin
pada mereka yang bernama artis
pada mereka yang bernama jutawan
pada mereka-mereka yang bergelar
akhir cerita
permintaan tewas
menunggulah seperti tunggul
tiada siapa peduli
kasihan sungguh jiwa itu

jiwa itu
bukan mahu menyusahkan semua
dia ingin menuntut hak
menebus maruah kesusahan
pada hartanya yang menunggu usia
pada titik peluhnya 
pada usaha getirnya mencari rezeki
tapi
hajatnya tak kesampaian
macam-macam undang-undang
tiada rasa simpati
tiada rasa kasih
kasihan sungguh

kepada mereka yang diatas
kepada mereka yang bergelar
kepada mereka yang jadi YB
kepada mereka yang jadi Jutawan
kepada mereka yang bernama Artis
cuba-cuba lah pandang dibawah
bila orang meminta
jangan dihina atau dibiarkan
pandang-pandanglah jiwa itu
suatu masa nanti
kamu juga akan tersungkur
pada ego durja keangkuhan
yang tidak berkekalan

fikirkan
jiwa mereka