Friday, September 18, 2015

aku rindu mak

mak
aku rindukan mak
rindu sangat-sangat
agaknya bila mak akan datang lagi
aku rindukan mak

mak
aku rindukan mak
mak selalu dihatiku
suka-duka tetap utuh
mak insan mulia
mak penghibur resahku
mak penawar sedihku
aku rindukan mak

mak
aku selalu doakan mu
kadang-kadang air mata ku sepi
acap-kali jiwa ku kelam
aku rindukan mak
moga mak damai disana

Sunday, September 13, 2015

kalau aku sudah terluka

luka hati
tiada siapa yang tahu
ku cuba sembunyikan bisa duri
pada watak-watak suka duka
agak sakit menyakitkan
berbau hanyir punah durja
kalau aku sudah terluka

siapa kau
memperkotak-katikkan seni hati ku
mencuba menyemai buruk-sangka
menjahit kata-kata nista papa kebutaan
di atas nafsu serakah 
sungguh baikkah dikau
menyentuh hati-hati yang tersisih luka
kalau aku sudah terluka

mengapa
kau keliru dan mengelirukan diri
bermimpi pada angan-angan dusta
tanpa pena tanpa air mata
hinakah diri
meragut rasa hati
mencerca kata-kata busuk derita
tunggu doa orang teraniya
kau pasti kecundang duka
kalau hati sudah terluka

Ini tanah Bertuah

ini tanah bertuah
segala tanda bermula disini
penuh suka duka
bagi anak-anak yang mengerti
bagi cucu-cicit yang ingin tahu
bertuahnya kita

ini tanah bertuah
di jajah terluka
terkhianat janji
bertabur segala cerita sonsang
tersembuyi dalam belukar tua
hampir tergadai duka
rupanya ada angan-angan
hampir dilupakan

ini tanah bertuah
carut nista berselimut pasrah
celaru diri hampir tersungkur
pada amanah yang terdusta
pada impian terlena gundah
riak berkata-kata
memalukan bangsa


ini tanah bertuah
bangkitlah gagahkan semangat
bukan menabur derita fitnah
bukan duduk menghasut
membodohkan maruah
hampir membuka aib
penuh tipu daya
memalukan bangsa
terjajah dan dijajah

ini tanah bertuah
kita wajib bersatu
berdiri bersama menyatukan hati
lupakan sengketa duka lara
kerna
kita anak-anak tanah Bertuah...

Monday, September 7, 2015

apa sudah jadi!

apa sudah jadi
hanyir kecewa 
membutakan rasa hati
memeluk seerat janji terkulai
segala bisik membisik durja
pabila sangka dusta dicerca
apa sudah jadi

apa sudah jadi
terbuka suda aib
terlenalah sang pencerita duka
berselimutkan gelak tawa luka
bersembunyi dalam fitnah gila
segala memuntahkan kata nista
pabila sangka dusta dicarik buta
apa sudah jadi

apa sudah jadi
mahu dijajah ingin dijajah
dijadikan peminta sedekah
resah gundah berkecamuk sudah
hilang rasa tulus pecah segala
salah siapa duka siapa
pabila maruah mencalar derita
pabila maruah tergadai nista
apa sudah jadi! bangsa ku