Monday, April 22, 2013

kasih buat Datuk Najib dan Tan Sri Muhyiddin - luahan rasa kasih dari kerinduan hati rakyat- ingatan kepada calon











salam kasih
hanya mereka yang mengerti
memahami rasa gelisah
merindui kasih yang tersisih
hampir tersingkir menyepi diri

datuk seri 
moga BN akan menang besar PRU 13
itu doa harapan
bukan mempersenda
doa munajat hadir setiap detik

datuk seri
disini
gelisah mohon dimengerti
doa teraniya terbuka hijab
pada mereka yang tersisih
pada mereka yang diaibkan
pada mereka yang penuh bongkak
memuji atas kesempatan
pada pangkat duri berbisa
didoakan mereka ini tewas
pada aniaya mereka kepada saudara

datuk seri
moga BN akan menang PRU 13
moga yang berlindung sombong rebah
moga yang melukakan terhina
moga yang mengkhianati tersungkur
moga yang manis dibibir tersisih duka
moga yang takbur hati jatuh kalah
moga yang berwatak palsu teraib
moga mereka ini tewas
kerna penuh watak tersirat disisimu
kerna menyakitkan gundah rakyat 
kerna melakonkan watak dusta
kerna ada doa teraniaya terbuka hijab

ya Allah
kami perlukan pimpinan 
Datuk Najib dan Tan Seri Muhyiddin
kami kasihkan pemimpin ini
kami kasihkan pemimpin yang setia
moga redaMu kekal disisi
moga yang khianat dijauhkan
moga yang melukakan tewas
moga BN menang besar PRU 13
Aamiin Ya Allah



Wednesday, April 3, 2013

Moga Barisan Kerajaan Pimpinan Dato'Haji Mohd Najib Kekal Utuh 2013- saya pilih barisan nasional PRU 13



mulalah 
kita pilih barisan nasional
kita jangan keluh-kesah
berpadu dalam kasih semangat
memecahkan segala carut fitnah
bersatu selamanya

mulalah
kita pilih barisan nasional
bersama berganding
menyatukan kasih bangsa
hidup aman damai dibumi warisan
bersatu rasa kasih 
damai pada segala

mulalah
kita pilih barisan nasional
satukan bangsa
demi kedamaian tanah kita
demi harmoninya anak bangsa
demi semangat darah kita
demi negara tercinta
tanah Malaysia

mulalah
kita pilih barisan nasional
kita eratkan rasa kasih
kekalkan barisan pimpinan
pada satu harapan satu impian
penuh semangat

disini
kita kekalkan barisan nasional
kita mahukan kedamaian
kita mahukan kesetiaan
kita mahukan kebahagiaan
kita doakan kemenangan
pada barisan pimpinan
pada barisan nasional
dalam satu semangat
bangsa Malaysia

disini
mulalah
kita terus bersama
undilah barisan nasional

luahan rakyat Malaysia,

saya pilih barisan kepemimpinan Dato'Sri Haji Najib Tun Abd Razak bersama Tan Seri Dato'Haji Muhyiddin Hj Mohd Yassin bersama barisan pemimpin yang lain dibawah barisan nasional,

 setiap kita berhak memilih siapa yang kita mahukan men jadi pemimpin,itu hak setiap rakyat,

kita jangan berpecah, 

kita satukan rasa kasih saudara,walau kita berbeza fahaman politik,

kita mahu membina bangsa Malaysia yang hidup aman-damai dan kita ketepikan anasir luar yang cuba mengkucarkan bangsa kita,

setiap pemimpin itu ada kelebihan dan kelemahannya,

 kita doakan yang terbaik kepada mereka dan bagi mereka peluang memperbaiki segala kelemahan yang ada,

 jangan kita berpecah,

saya pilih barisan nasional 2013