Tuesday, May 19, 2015

buat mu gadis yang bernama NANA

buatmu gadis yang bernama Nana


buatmu nana
aku tahu hatiku resah
aku tahu jiwaku gelisah
meratap anganku yang tak sudah
mencuba mendamaikan rasa cinta
pada rasa sepiku disisi

buatmu nana
jiwaku kacau tak sudah-sudah
rinduku terjahit sepi
mimpiku tercalar derita
mencuba memujuk rasa kasih
pada pelukan mimpi semalam

buatmu nana
bicara mu terukir pedih
resah sudah gelisah diri
tiada siapa mahu dimengerti
mencuba dan terus mencuba
pada air mata yang tulus

buatmu nana
aku berharap aku mengharap
mohon segala dimengerti
pada rasa hati yang kecil
kerna
aku amat mencintaimu

duka yang tak sudah

duka yang tak sudah
berapa terhitung amal kebaikan
dosa semakin berkarat
meratap hebatnya diri
berbohong yang tak sudah
sakitnya tu disini

duka yang tak sudah
berkira-kira baiknya diri
silap semakin kucar
melukis egonya pahala dijunjung
mengkhianati dustanya diri
sakit dan amat menyakitkan
sakitnya tu disini

duka yang tak sudah
berbangga-bangga harta
menyiram haruman sundal
menjerit gilakan kuasa
tak kemana kita
mempersenda yang hak
sungguh biadap
sakitnya amat memeritkan
sakitnya tu disini

duka yang tak sudah
sengaja terlupa melupakan
sungguh memalukan 
pada duka yang tak sudah

duka yang tak sudah
pintu taubat masih terbuka
kembali
pulanglah
sebelum
ajal mu tiba

jangan aibkan saudara mu


jangan aibkan saudara mu
berpura alim berpura benar
mencerca nista saudara
siapa kau disisi Tuhan ?

jangan aibkan saudara mu
membongkar nista hanyir
mencarut melemparkan daki busuk
mengkhianati kasih saudara
sakitkah dikau ?

jangan aibkan saudara mu
membisik kata durja
menanam benih duri dusta
menjeling mematahkan lidah kesat
apa yang kau banggakan ?
kebencian mu tak sudah-sudah

jangan aibkan silapnya saudara mu
menjajah derita senjanya
melaungkan khabar berbisa
ego dan cuba berdusta
mahu hidup seratus tahun lagi
penuh igauan penuh khalayan
cukupkah sudah pahala mu ?
mengaibkan saudara

jangan aibkan saudara mu
kau pasti bertemu keaiban 
kau pasti akan tersungkur
kerana kau
juga tidak cukup sempurna

kau kah itu

kau kah itu
yang cuba mentafsirkan mimpi
membuat langkah senjaku terhenti
menari pada angan pelangi sepi
terbaring disudut resah rindu
dimana aku harus berhenti

kau kah itu
yang cuba melakar garis buta
membuat resahku jauh tersisih
berdendang dalam selimut kusam
hampir jatuh tersungkur
gelisah dan memeritkan bicara
dimana aku harus pergi

kau kah itu
yang cuba mencakar impian
membuat tawaku pudar terhakis
melaungkan caci makian berkudis
hampir terlena berangan-angan
menangislah rajuk hati
dimana kah dikau

kau kah itu
aku berharap kau mengerti
pada janji...

maafkan aku


BISMILLAHHIRROHMANNIRROHIIM...
AKU MINTA MAAF
PADA ENGKAU YANG BAIK HATI
PADA ENGKAU YANG BERHATI MULIA
PADA ENGKAU YANG PENGASIH
PADA ENGKAU YANG SUDI MEMAHAMI
AKU MINTA MAAF
AKU MINTA MAAF
KERANA MENYAKITI HATIMU
AKU MINTA MAAF
KERANA KESILAPAN YANG PERNAH KU LAKUKAN
AKU MINTA MAAF
KERANA DOSA KU YANG LALU
MAAFKAN AKU YA...
AKU MINTA MAAF SANGAT - SANGAT
KERANA KAU BANYAK MEMBANTU
AKU MINTA MAAF SANGAT - SANGAT
KERANA KAU SUDI BERSAMA KU
AKU TAHU
HATI MU MULIA
TERIMA-KASIH ATAS BUDI JASA MU
TERIMA-KASIH BANYAK-BANYAK
MAAFKAN AKU
AKU PASTI MEMBALAS JASA BUDI MU
AKU PASTI MENYAYANGI MU SELAMANYA
AKU PASTI AKAN TETAP BERSAMA MU
KERANA
KAU INSAN MULIA DISISI HATIKU
MAAFKAN AKU......

Sunday, May 17, 2015

maafkan aku teman


maafkan aku teman
andainya aku tewas disini
bukan merajuk duka 
bukan mendamba lara
hanya khianat mencuri luka

maafkan aku teman
andainya aku menyepi diri
bukan membenci derita
bukan melakar resah hampa
hanya kecewa pada kata dusta

maafkan aku teman
andainya aku pergi dulu
bukan menagih simpati
bukan memuji diri gelisah
hanya bercerita sedihnya diri

maafkan aku teman
andainya takdir telah menentukan
hanya doa jadi kenangan
teruskan perjuangan
Tuhan pasti bersama kita
maafkan aku teman

ADA SEORANG GADIS


ada seorang gadis
ingin kuceritakan kisah cintaku
walau pahit memeritkan lara
kerna aku amat mencintainya

ada seorang gadis
hatinya lembut ayu raut wajahnya
pemalu dan menyentuh kasih
aku amat menyintainya
bisakah itu

ada seorang gadis
mengetuk pintu hatiku
mencakar jiwa sepiku
mengusarkan rindu dendamku
membuat aku gundah-gulana
inikah namanya cinta

ada seorang gadis
membisu membutakan mata hatiku
mengguris perasaanku
mematikan jantung rinduku
membuat aku melatah gelisah
pada rasa cinta membara

ada seorang gadis
moga kamu mengerti
kerna
kamulah gadis itu...


MANA DIA TEMANKU...KENANGAN KITA ADA DISINI



mana dia temanku
bersatu dalam tanda kenangan
pada satu rasa kasih
harum mekar selamanya


mana dia temanku
acap-kali mengusik derita
ketawa dan ditertawakan
pada satu rasa cinta
sahabat kepada sahabat

mana dia temanku
selalu mencerca suka-duka
disaat aku rasa sepi
menanti suatu janji
pada simpati persahabatan
terkenang utuh disini

mana dia temanku
hadirlah menemani
kerna
kenangan kita ada disini

Tuesday, May 12, 2015

aku rindu mak....

Aku rindu mak...
Sungguh aku rindu mak
Suka duka bersama utuh terjahit disini
Air mataku selalu merinduimu mak
Rindu sangat sangat
Mak
Sejak aku kecil sejak itu aku bersamamu
walau terkadang hatiku merajuk
Walau terkadang kenakalanku membuat mak marah
Tapi aku tahu
Mak seorang insan yang penyayang
Mak sanggup korban kesusahan demi kami
Mak tahu ambil hati
Mak kadang terluka
Mak acap kali menangis
Aku tahu semua itu
Aku rindu mak...
Mak
kenapa mak pergi dulu
Kenapa mak pergi tanpa tinggal pesan
Kenapa mak
selalu ku tanya
Kenapa mak pergi dulu
Sebelum aku bahagiakan mak
Sebelum aku dapat membalas jasa mak
Kenapa
Ku tahu
Tuhan menyayangimu
Hatimu tulus
Kerna itu mak pergi dulu
Nanti banyak dosa kelukaan dari kami
Mak insan mulia
Moga mak damai disana
Mak
maafkan anakmu ini
Doa ku akan terus jadi penemanmu
Doa anak anak soleh
Doa yang meluaskan cahaya kubur mak
Doa yang membuat mak senyum selalu
Doa anak anak yang solat mendoaakan mu
Doa yang terbuka pintu hijab
Kerana
Mak selalu mengerti indahnya beragama
Kerana
Mak selalu meletakkan sejadah untuk aku menunaikan solat
Kerana
Mak selalu mendoakan aku
Terima kasih mak
Aku rindukan mak
Kita jumpa disana
Al fatihah buak mak

selamat hari ibu- pesan mak sebelum pergi

Ada orang sewaktu mak masih hidup
Suka sangat sakiti hati mak..
Suka sangat marah marahkan mak..
Suka sangat kecil kecilkan hati mak..
Melawan kata mak..
Membentak mendustakan nasihat mak
Tanpa kasih sisi mak..
kita bukan jadi orang sempurna
Kita tak punya apa apa
Itu doa mak

Ada orang malas sangat mendoakan mak
Ada orang tak kuasa melihat mak tertawa gembira
Ada orang suka ,mengherdik mak
Walau perkara kecil
Tahu tak?
Mak ambil hati pada semua itu
Mak kecil hati sangat sangat

Kini
Mak sudah pergi
Bagaimana dengan mak yang berada disisi
Jangan biarkan dia pergi
Masih adakah kasih kita

Semua ini
Mak pernah luahkan
Sebelum mak pergi

Thursday, May 7, 2015

tewaskah mereka

tewaskah mereka 
bermain dipentas sendiri
penuh watak beremosi
ada cerita dijaja derita
adakah ini benar
tewaskah mereka

tewaskah mereka
mencuba memecahkan segala
mencarik maruah 
mempersenda kuasa dunia
lupa pada hukum Allah
keliru dan mengelirukan diri
masanya akan tiba
akan tewaslah diri

tewaskah mereka
berdendang dan menari gelita
cuba menjatuhkan bangsa
hilang segala dusta
segala khianat dendam terpahat
pasti diri akan tertewas
pada doa insan yang terfitnah
akan tewaslah diri

maafkan aku jika tidak sempurna

maafkan aku jika tidak sempurna
Ini adalah kenangan kita
Kadang kadang air mataku menitis duka
Aku sayangkan mereka
Aku cuba bersama mimpi itu
Pada satu kenangan yang kita sering lupakan


Maafkan aku jika tidak sempurna

Ini adalah bisik hatiku
Ku coba hindarkan rasa duka ku
Ku coba selami sukarnya perjalanan ku
Ku coba segalanya
Walau pahit duka disakiti
Pada satu kenangan yang kita tinggalkan

Maafkan aku jika tidak sempurna
Ini adalah rasa cintaku
Bukan berjanji tidak tepati
Hanya takdir menentukan
Rasa rindu ku hadir disini
Setiap malam ku sepi sekali
Penghujung resahku pada baik sangka
Kerna suatu masa
Aku akan pulang...
Ingat kenangan kita

rajuk hati ku

biarkanlah rajuk hatiku
biarkanlah rajuk hatiku
aku juga punya kelemahan
walau disakiti dan dicerca
aku tetap sabar dengan doa


biarkanlah rajuk hatiku
aku juga tidak sempurna
walau dugaan melanda durja
aku tetap tabah terluka

biarkanlah rajuk hatiku
aku inginkan ketenangan

raut wajah seorang sahabat

Sahabat
Wajahmu penuh senyuman
Ada bisikan kata disisi
Andai bisa dimengerti
Amat sukar diselami
Itu pena hidup mu


Sahabat
Wajahmu singgah dihati
Ada dendam kerinduan sukar dimengerti
Andai bisa meramal takdir mu
Amat dalam untuk aku selami
Itu tinta tepian jalan kehidupan mu

Sahabat
Doaku tetap hadir disini
Jangan mudah mengalah duka
Jangan mudah merasa tersisih
Jangan mudah mengadu rajuk
Kerna
Aku kekal bersamamu

Sahabat
Rasa sakit dihati dibuang kelana sepi
Rasa benci dijiwa disimpan dibuai mimpi senja
Rasa lara disudut cela fikiran diukir dalam kasih tulus
Seandainya kita tersisih
Insha Allah ada bahagia menanti
Kerna
Kita adalah sahabat dunia akherat
Foto Pakcik Bobong Bong.

sebenarnya aku mahu pulang

Sebenarnya aku mahu pulang
Rinduku terjahit dalam disini
Air mataku selalu menitis duka
Bukan disengajakan
Tulus hati merindui kamu

Sebenarnya aku mahu pulang
Bukan berjanji tidak tepati
Bukan mencuba menghiris simpati
Kerna
Aku amat menyayangi kamu
Sejak dulu dan selamanya

Sebenarnya aku mahu pulang
Walau sering dijaja derita
Walau sering terhina disisi luka
Kerna
Aku masih merindui kamu
Atas nama Allah hatiku berpalut doa

Sebenarnya
Aku sudah mahu pulang
Kerna
Sejak dulu aku tak berhenti berdoa
Andainya rindu kembali
Kita pasti berjumpa...
Aku rindukan kamu
Pada mereka yang berhati tulus
Pada mereka yang bersangka baik
Pada mereka yang kekal berdoa
Selamanya
Aku rindukan kamu