Wednesday, December 23, 2015
HILANGNYA SOLAT KU
hilangnya solat ku
dikala aku rakus sisa dunia
kemaruk segala
menari dalam angan-angan
lupa pada maut yang menanti
aduhai hinanya diri
hilangnya solat ku
sengaja leka melenakan diri
menjahit usia muda resah
berdendangkan nafsu serakah
lupa saatnya nyawa tersungkur
alahai malangnya diri
hilangnya solat ku
dicengkam duka khianat
hanyut dalam belaian dusta
sepi berselimutkan durja kata
lupa pada hari-hari terakhir
disaat Izrail menyentap luka
sakit amat menyakitkan
aduh binasanya diri
hilangnya solat ku
moga ada hidayah kembali
sebelum aku berakhir disini
luahan hati
disini
telah lama aku idamkan
pada satu harapan
bukan mahu dipuja
bukan mahu diherdik
bukan mahu dicerca
yang pasti
aku mahu berlari kelangit
disini
cinta kasih pernah kukutip
walau terkadang-kala perit nista
walau acap-kali diragut gelisah
walau dijajah kejam derita
yang pasti
aku mahu berlari kelangit
disini
air mataku sakit pudar
keringat sepiku sepi senja
berterabur segala cita
mulalah fitnah dicerca
terjahit dalam cebisan gundah
membuat aku gelisah berharap
berlari dan terus berlari
bersama rasa kasih terkilan
mengharap damainya hati
harum mekar selamanya
telah lama aku idamkan
pada satu harapan
bukan mahu dipuja
bukan mahu diherdik
bukan mahu dicerca
yang pasti
aku mahu berlari kelangit
disini
cinta kasih pernah kukutip
walau terkadang-kala perit nista
walau acap-kali diragut gelisah
walau dijajah kejam derita
yang pasti
aku mahu berlari kelangit
disini
air mataku sakit pudar
keringat sepiku sepi senja
berterabur segala cita
mulalah fitnah dicerca
terjahit dalam cebisan gundah
membuat aku gelisah berharap
berlari dan terus berlari
bersama rasa kasih terkilan
mengharap damainya hati
harum mekar selamanya
gelisahku
gelisahku mula hadir
berserabut segala derita
bercatur segala gundah
ada banyak mahu difikir
kacau-bilau segala
gelisahku mula hadir
gelisahku
mulalah bermain durja
terkadang-kala menelan duri nista
amat payah dimuntahkan
amat sakit diluahkan
menusuk segala sisa fitnah
kucar dalam gelisahku
gelisahku
apakah mungkin berakhir
berserabut segala derita
bercatur segala gundah
ada banyak mahu difikir
kacau-bilau segala
gelisahku mula hadir
gelisahku
mulalah bermain durja
terkadang-kala menelan duri nista
amat payah dimuntahkan
amat sakit diluahkan
menusuk segala sisa fitnah
kucar dalam gelisahku
gelisahku
apakah mungkin berakhir
Salam Kasih Untuk Mu Ya Rasulullah s.a.w (salam maulidur rasul)
bila alam berbicara
cahaya berpesan-pesan
bergemalah suatu perkhabaran
berpayungkan sahutan kasih
pada umat yang sedang bersedih
di atas lantai-lantai duka
muncullah kekasih mulia itu
membawa rahmat sekalian alam
disini
gelisah duka berdendang sudah
kemaruk cinta dunia
memusnahkan segala
menghilangkan resah
mendakap iman yang parah
tergugat resah gundah
hadirmu membawa sinar
pada wajah-wajah kusam
penuh dosa lara keliru
dikaulah kekasih mulia itu
membawa rahmat semesta alam
disini
semangat kasihmu hadir sudah
pada mereka yang mengerti
pada mereka yang berkasih
pada mereka yang merasai takwa
pada mereka yang belas rindu
pada mereka yang tabah hati
pada mereka yang taat
pada mereka yang tiada rasa gundah
pada mereka yang mencintaimu
selamanya
Ya Rasulullah
salam kasih buat mu
Monday, December 21, 2015
bila sudah bersatu
bila sudah bersatu
jangan ada cerita duka
mencelah sangka-sangka dusta
menabur janji buta
melakar mimpi-mimpi keliru
pada jiwa-jiwa yang menanti
bila sudah bersatu
bila sudah bersatu
jangan ada bicara dendam
mengusik luka semalam
terkecewa dan mengecewakan
pada amanah anak bangsa
di atas kata-kata indah
bila sudah bersatu
bila sudah bersatu
jangan cuba menabur fitnah
mentertawakan kasih
menghamburkan buruk sangka
menghamparkan cinta-cinta keliru
membuat bangsa jadi keparat
hancur berkecai
tersungkur tak berkesudahanm
pada janji ditabur
bila sudah bersatu
bila sudah bersatu
eratkan kasih
selamanya
jangan ada cerita duka
mencelah sangka-sangka dusta
menabur janji buta
melakar mimpi-mimpi keliru
pada jiwa-jiwa yang menanti
bila sudah bersatu
bila sudah bersatu
jangan ada bicara dendam
mengusik luka semalam
terkecewa dan mengecewakan
pada amanah anak bangsa
di atas kata-kata indah
bila sudah bersatu
bila sudah bersatu
jangan cuba menabur fitnah
mentertawakan kasih
menghamburkan buruk sangka
menghamparkan cinta-cinta keliru
membuat bangsa jadi keparat
hancur berkecai
tersungkur tak berkesudahanm
pada janji ditabur
bila sudah bersatu
bila sudah bersatu
eratkan kasih
selamanya
MIMPI SEMALAM
mimpi semalam
berlabuh dalam rindu
berduka segala
disaat aku ingin pulang
membuat segalanya berubah
mimpi semalam
mentafsir segala derita
berdendang dalam dusta
dikala aku mahu kembali
menari dalam duka senja
mimpi semalam
hadir bersama hujan sepi
berseleraklah segala duri
pada dendam terluka
pada janji-janji yang dikhianati
mimpi semalam
dimana pentafsirnya
berlabuh dalam rindu
berduka segala
disaat aku ingin pulang
membuat segalanya berubah
mimpi semalam
mentafsir segala derita
berdendang dalam dusta
dikala aku mahu kembali
menari dalam duka senja
mimpi semalam
hadir bersama hujan sepi
berseleraklah segala duri
pada dendam terluka
pada janji-janji yang dikhianati
mimpi semalam
dimana pentafsirnya
Sunday, December 6, 2015
BUATMU DIKASIHI TUNKU ABD JALIL- REDHA ALLAH BERSAMAMU
Buatmu Almarhum Tunku Abd Jalil
Moga Redha Allah hadir bersama
Merahmati dan Mengasihimu
Bahagia pasti disisimu
Buatmu Almarhum Tunku Abd Jalil
Kasihmu amat tulus
Disisimu damai menanti
Tetap didoakan selamanya
Menjadi Ingatan buat kami
Allah Menyayangimu
Buatmu Almarhum Tunku Abd Jalil
Moga Rahmat Allah Memayungimu
Semangat kasihmu kekal diingatan
Damai pada rindu setulusnya
Pada jiwa-jiwa rakyat jelata
Mendoakanmu damai disana
Allah Mengasihimu
disini
semangatmu kekal bersama
belas kasih sentiasa hadir
doa -doa munajat akan menemani
kerna
kami amat menyayangimu
selamanya
(AL-fATIHAH)
Tuesday, December 1, 2015
ABANG YUS JAMBU- MOGA REDHA ALLAH BERSAMA MU
Terlukislah satu kisah
menyayangi seorang insan
walau hanya hadir dalam watak suka-duka
dikaulah insan yang teristimewa
buatmu abang yus jambu
terlukislah tinta rindu
berteman rasa cinta
adakala penuh duka lara
tawa-ria mu membuka rasa sepi
menari dalam watak-watak hebat
menghibur dikala sepi melanda
engkau salah satu insan terindah
buatmu abang yus jambu
disini
dikau pergi 1.12.2015
bicara bermula gundah
mencari rasa kasih yang terpendam
walau tak bersua
kau tinggalkan sejuta kenangan
moga disana
rahmat keredhaan hadir selamanya
buatmu abang yus jambu
salam kasih dari peminat setia mu
(al-fatiha)
Subscribe to:
Posts (Atom)