kemaruk kuasa
menjajah dan dijajah
pada nafsu serakah
sudah-sudahlah
usia mu semakin senja
hebat sungguh kah diri
cuba mengaibkan saudara
berjuang atas dusta kata
membela kemaruk kuasa
pada nama yang terjajah
kasihan sungguh
hebat sungguh kah diri
berbicara atas nama khianat
memuja pangkat sisa dunia
disaat usia tua mu
terlena dalam angan-angan
mewarisi dan cuba mewariskan
harta-harta dunia
yang tiada berpenghujung
mahu mu apa lagi
sudah-sudahlah
hebat sungguh kah diri
mencatur segala hasad
membicarakan aib-aib celaru
atas nama warisan
pada mimpi yang keliru
dikala nafas senja mu tersisih
akhirnya kecundang jua
fikir-fikirkanlah...