Semalam
ada sesuatu tercoret
mencelah rasa rindu
berlari dalam cengkaman dusta
meratap mimpi-mimpi duka
begitu sukar ditafsir
luka dalam nanah-nanah hanyir
tersungkur sudah
bila
risau sungguh
mengheret celaka durja
pada kata-kata nista
sangka khianat
terpedaya dalam coret fitnah
mengguris sisa-sisa duka
adakah tewas sudah
aku rindu
pada penat lelah
kucar kacir sindiran melata
mendakap semangat kasih luntur
gilakan kuasa dunia
kemaruk segala
kenapa mentafsir buta
kenapa ?
bila aku rindu
kemaafan tersungkur
selamanya
Saturday, July 22, 2017
Monday, June 12, 2017
keliru
keliru sudah
dimana janji amanah
mencarik-carik duka
ingin dipuja
pada mimpi yang tak sudah
kasihan sungguh
keliru
pada angan-angan senja
mendustakan kata-kata
mengkhianati luka
pada usia yang tua
tersungkur
terkeliru
tak sudah-sudah
mengkucar-kacirkan
segala lara
pada keliru dusta
seorang pemimpin tua
kecewa mengecewakan
keliru
dimana janji amanah
mencarik-carik duka
ingin dipuja
pada mimpi yang tak sudah
kasihan sungguh
keliru
pada angan-angan senja
mendustakan kata-kata
mengkhianati luka
pada usia yang tua
tersungkur
terkeliru
tak sudah-sudah
mengkucar-kacirkan
segala lara
pada keliru dusta
seorang pemimpin tua
kecewa mengecewakan
keliru
Saturday, March 11, 2017
hanya kawan
apa khabar
masihkah kau ingat
suatu ketika dahulu
segala cerita kita satukan
suka-duka berdendang bersama
pada satu tanda
kita hanya kawan
apa khabar
pada rasa kasih
berjauhan yang tak sudah
berdekatan tanpa duka
menari luka dalam dinding resah
bertanya kenapa dan mengapa
pada satu tanda
kita hanya kawan
apa khabar
kawan
masih kah kau ingat
kenangan kita....
masihkah kau ingat
suatu ketika dahulu
segala cerita kita satukan
suka-duka berdendang bersama
pada satu tanda
kita hanya kawan
apa khabar
pada rasa kasih
berjauhan yang tak sudah
berdekatan tanpa duka
menari luka dalam dinding resah
bertanya kenapa dan mengapa
pada satu tanda
kita hanya kawan
apa khabar
kawan
masih kah kau ingat
kenangan kita....
Thursday, March 2, 2017
aku rindukan mu
kasihku
telah lama aku mencari
pada tanda mimpi semalam
melangkah penuh resah
merindukan mu
dalam angan-angan duka
mencuba mentafsir
seraut wajah yang hilang
aku rindukan mu
kasihku
tiada batas tiada penghalang
walau senja terhakis berlabuh
pada bayang-bayang gelisah
mencari dan terus mencari duka
diam dalam tawa rindu
dimana kemana
dirimu membawa luka
aku merindukan mu
kasihku
ku jahit duka-duka lara
ku himpunkan kata-kata doa
rupanya aku masih disini
keliru dalam lamunan gundah
mencari tanda kasih
hilang entah ke mana
akhirnya sepi
dikala
aku rindukan mu
telah lama aku mencari
pada tanda mimpi semalam
melangkah penuh resah
merindukan mu
dalam angan-angan duka
mencuba mentafsir
seraut wajah yang hilang
aku rindukan mu
kasihku
tiada batas tiada penghalang
walau senja terhakis berlabuh
pada bayang-bayang gelisah
mencari dan terus mencari duka
diam dalam tawa rindu
dimana kemana
dirimu membawa luka
aku merindukan mu
kasihku
ku jahit duka-duka lara
ku himpunkan kata-kata doa
rupanya aku masih disini
keliru dalam lamunan gundah
mencari tanda kasih
hilang entah ke mana
akhirnya sepi
dikala
aku rindukan mu
Monday, February 27, 2017
kau ingat kau siapa
kau ingat kau siapa!
ada nama
ada harta
ada pangkat
ada segalanya
kau tahu tak?
pernah ada jiwa yang meminta
pernah ada insan yang merayu
dikala jiwanya susah
disaat hatinya berduka
jiwanya mengadu pada mu
bukan jadi peminta sedekah
bukan menjual maruah
tapi
kau!
buat bodoh!
harta bukan segalanya!
kau ingat tak!
ada jiwa yang susah
ada hati yang terluka
meminta pertolongan dari mu
menitis air matanya
hanya Tuhan yang tahu
kau!
pandang sebelah mata!
kau ingat kau siapa!
aku pemimpin
aku berpangkat
aku artis kegilaan
aku jutawan
aku segalanya
tapi
masih ada kesombongan!
masih ada kedayusan!
masih ada kerakusan!
kasihan sungguh kan!
nak membantu
nak menderma
nak menolong
papar-paparkan di serata dunia
kobar-kobarkan di seluruh tanah
biar mendapat pujian!
biar mendapat balasan!
biar-biar
ada aku kesah!
kasihan sungguh
ingat
asal-usul mu!
ingat
kau akan kembali
suatu masa nanti!
fikir-fikirkan
ada nama
ada harta
ada pangkat
ada segalanya
kau tahu tak?
pernah ada jiwa yang meminta
pernah ada insan yang merayu
dikala jiwanya susah
disaat hatinya berduka
jiwanya mengadu pada mu
bukan jadi peminta sedekah
bukan menjual maruah
tapi
kau!
buat bodoh!
harta bukan segalanya!
kau ingat tak!
ada jiwa yang susah
ada hati yang terluka
meminta pertolongan dari mu
menitis air matanya
hanya Tuhan yang tahu
kau!
pandang sebelah mata!
kau ingat kau siapa!
aku pemimpin
aku berpangkat
aku artis kegilaan
aku jutawan
aku segalanya
tapi
masih ada kesombongan!
masih ada kedayusan!
masih ada kerakusan!
kasihan sungguh kan!
nak membantu
nak menderma
nak menolong
papar-paparkan di serata dunia
kobar-kobarkan di seluruh tanah
biar mendapat pujian!
biar mendapat balasan!
biar-biar
ada aku kesah!
kasihan sungguh
ingat
asal-usul mu!
ingat
kau akan kembali
suatu masa nanti!
fikir-fikirkan
bila pangkat jadi taruhan
suatu masa
ada jiwa yang meronta
meminta secebis bantuan
bukan jadi peminta sedekah
kepada mereka yang berpangkat
pada mereka yang bernama pemimpin
pada mereka yang bernama artis
pada mereka yang bernama jutawan
pada mereka-mereka yang bergelar
akhir cerita
permintaan tewas
menunggulah seperti tunggul
tiada siapa peduli
kasihan sungguh jiwa itu
jiwa itu
bukan mahu menyusahkan semua
dia ingin menuntut hak
menebus maruah kesusahan
pada hartanya yang menunggu usia
pada titik peluhnya
pada usaha getirnya mencari rezeki
tapi
hajatnya tak kesampaian
macam-macam undang-undang
tiada rasa simpati
tiada rasa kasih
kasihan sungguh
kepada mereka yang diatas
kepada mereka yang bergelar
kepada mereka yang jadi YB
kepada mereka yang jadi Jutawan
kepada mereka yang bernama Artis
cuba-cuba lah pandang dibawah
bila orang meminta
jangan dihina atau dibiarkan
pandang-pandanglah jiwa itu
suatu masa nanti
kamu juga akan tersungkur
pada ego durja keangkuhan
yang tidak berkekalan
fikirkan
jiwa mereka
ada jiwa yang meronta
meminta secebis bantuan
bukan jadi peminta sedekah
kepada mereka yang berpangkat
pada mereka yang bernama pemimpin
pada mereka yang bernama artis
pada mereka yang bernama jutawan
pada mereka-mereka yang bergelar
akhir cerita
permintaan tewas
menunggulah seperti tunggul
tiada siapa peduli
kasihan sungguh jiwa itu
jiwa itu
bukan mahu menyusahkan semua
dia ingin menuntut hak
menebus maruah kesusahan
pada hartanya yang menunggu usia
pada titik peluhnya
pada usaha getirnya mencari rezeki
tapi
hajatnya tak kesampaian
macam-macam undang-undang
tiada rasa simpati
tiada rasa kasih
kasihan sungguh
kepada mereka yang diatas
kepada mereka yang bergelar
kepada mereka yang jadi YB
kepada mereka yang jadi Jutawan
kepada mereka yang bernama Artis
cuba-cuba lah pandang dibawah
bila orang meminta
jangan dihina atau dibiarkan
pandang-pandanglah jiwa itu
suatu masa nanti
kamu juga akan tersungkur
pada ego durja keangkuhan
yang tidak berkekalan
fikirkan
jiwa mereka
Saturday, January 21, 2017
bila sudah kemaruk kuasa
bila sudah kemaruk kuasa
dusta jadi cerita dijaja
mencarik luka-luka rakyat
ketawalah sang pembodek
gilakan kuasa
pada sisa-sisa dunia
tiada maruah
tiada harga diri
kemaruk kuasa
bila sudah kemaruk kuasa
sang pendusta mula bercerita
mentafsir angan-angan keliru
pada kuasa
pada janji
pada suatu amanah
hilang segala
disaat tersungkur
pada kuasa terkeliru
bila sudah kemaruk kuasa
segala kata hancur terlupa
mencarik fitnah melata
mahu mu apa lagi
disaat usia senja
tanpa rasa belas kasih
pada kemaruk kuasa
dikala
ajal mu tiba
dusta jadi cerita dijaja
mencarik luka-luka rakyat
ketawalah sang pembodek
gilakan kuasa
pada sisa-sisa dunia
tiada maruah
tiada harga diri
kemaruk kuasa
bila sudah kemaruk kuasa
sang pendusta mula bercerita
mentafsir angan-angan keliru
pada kuasa
pada janji
pada suatu amanah
hilang segala
disaat tersungkur
pada kuasa terkeliru
bila sudah kemaruk kuasa
segala kata hancur terlupa
mencarik fitnah melata
mahu mu apa lagi
disaat usia senja
tanpa rasa belas kasih
pada kemaruk kuasa
dikala
ajal mu tiba
rindu seorang gadis
ada dimana
pada saat ini
aku ingin bertanya
pada bisikan rindu
untuk seorang gadis
gelisah resah jiwa ku
kali pertama
saat itu jua kau pergi
ku cuba ingat
hampir tersungkur
pada rindu terjahit sudah
dalam bisikan kelam
buat seorang gadis
ke mana menghilang
saat aku tersesat
mendamba kasih luka
pada mimpi semalam
merindui mu selamanya
aku masih ingat
aku masih ingat
mimpi semalam
pada rasa kasih seorang ayah
pada cintanya seorang ibu
pada rindunya seorang anak
dalam tafsir mimpi duka
aku masih ingat
kisah semalam
pada suara hati seorang bapa
pada bisikan jiwa seorang emak
pada tinta keliru seorang anak
dalam cerita kalut rindu
aku masih ingat
angan-angan semalam
pada doa seorang abi
pada belaian seorang ummi
pada renungan seorang anak
dalam tulisan gundah gulana
aku masih ingat
selamanya...
untuk mu
ayah
ibu
selamanya.....
mimpi semalam
pada rasa kasih seorang ayah
pada cintanya seorang ibu
pada rindunya seorang anak
dalam tafsir mimpi duka
aku masih ingat
kisah semalam
pada suara hati seorang bapa
pada bisikan jiwa seorang emak
pada tinta keliru seorang anak
dalam cerita kalut rindu
aku masih ingat
angan-angan semalam
pada doa seorang abi
pada belaian seorang ummi
pada renungan seorang anak
dalam tulisan gundah gulana
aku masih ingat
selamanya...
untuk mu
ayah
ibu
selamanya.....
cerita hati
bila mula hati bercerita
mengusik duri yang melata
mencarik luka senja semalam
pada bayang-bayang keliru
cerita hati seorang rakyat
dijajah dan terjajah
pura-pura lupa
dilupakan dan melupakan
pada luka rasa hati
pada duka mimpi-mimpi
terhina dan rasa dihina
kemaruk seorang pemimpin
suka sangat gilakan kuasa
cerita hati
sudah lama bermula
pada kisah warisan
pada tanah-tanah yang tersungkur
pada harga diri bangsa
menjual maruah menggadai duka
berlari dan terus melarikan diri
hilang segala...
bangsa ku
lupakah kau cerita hati
mendakap angan-angan perit
membalut luka-luka hanyir
kemaruk segala
pada cerita hati
rakyat yang dijajah peduli..
mengusik duri yang melata
mencarik luka senja semalam
pada bayang-bayang keliru
cerita hati seorang rakyat
dijajah dan terjajah
pura-pura lupa
dilupakan dan melupakan
pada luka rasa hati
pada duka mimpi-mimpi
terhina dan rasa dihina
kemaruk seorang pemimpin
suka sangat gilakan kuasa
cerita hati
sudah lama bermula
pada kisah warisan
pada tanah-tanah yang tersungkur
pada harga diri bangsa
menjual maruah menggadai duka
berlari dan terus melarikan diri
hilang segala...
bangsa ku
lupakah kau cerita hati
mendakap angan-angan perit
membalut luka-luka hanyir
kemaruk segala
pada cerita hati
rakyat yang dijajah peduli..
Subscribe to:
Posts (Atom)