Monday, August 29, 2016

ke mana kita....Merdeka


bangsaku
bila lagi mahu sedar
pada laungan Merdeka
pada semangat jiwa bangsa
bersatu di atas tanah warisan

bangsaku
jangan malas merajuk leka
asyik berangan-angan kelam
mengheret keluh-kesah 
pada jiwa hati yang hampa
hampir tersungkur duka

bangsaku
dimana anak-anak bangsa kita
asyik bermimpi bayang-bayang luka
mengherdik mentafsir kata
hilang segala dusta
mengejar mimpi yang tak sudah
membawa dosa buta bertanda
pada celaru angan-angan
tersungkur sudah

bangsaku
bangkit bersama
mentafsir suara-suara kusam
berlari-lari di atas sejarah warisan
mencari luka hanyir 
pada tanah setia yang dijulang
pada watak-watak dicerca
berbicara dalam seloka duka
akhirnya
lupa dan melupakan...

bangsaku
di mana erti merdeka
jika khianat dicerca buta
jika sisa luka berparut dusta
jika menjahit mimpi ditepi senja 
jika menari di atas tanah-tanah terjajah
jika hilang dan menghilangkan resah duka
jika mimpi-mimpi dipersenda
pada tafsir wajah yang luka
dijajah terjajah dan menjajah
akhirnya
dilupakan

bangsaku
merdeka...
pada satu cerita luka
pada satu kisah duka
pada satu mimpi kelam berduka
pada satu tanda...
bangkit dan bangkitlah
sedarkan diri.....

ke mana kita....Merdeka


bangsaku
bila lagi mahu sedar
pada laungan Merdeka
pada semangat jiwa bangsa
bersatu di atas tanah warisan

bangsaku
jangan malas merajuk leka
asyik berangan-angan kelam
mengheret keluh-kesah 
pada jiwa hati yang hampa
hampir tersungkur duka

bangsaku
dimana anak-anak bangsa kita
asyik bermimpi bayang-bayang luka
mengherdik mentafsir kata
hilang segala dusta
mengejar mimpi yang tak sudah
membawa dosa buta bertanda
pada celaru angan-angan
tersungkur sudah

bangsaku
bangkit bersama
mentafsir suara-suara kusam
berlari-lari di atas sejarah warisan
mencari luka hanyir 
pada tanah setia yang dijulang
pada watak-watak dicerca
berbicara dalam seloka duka
akhirnya
lupa dan melupakan...

bangsaku
di mana erti merdeka
jika khianat dicerca buta
jika sisa luka berparut dusta
jika menjahit mimpi ditepi senja 
jika menari di atas tanah-tanah terjajah
jika hilang dan menghilangkan resah duka
jika mimpi-mimpi dipersenda
pada tafsir wajah yang luka
dijajah terjajah dan menjajah
akhirnya
dilupakan

bangsaku
merdeka...
pada satu cerita luka
pada satu kisah duka
pada satu mimpi kelam berduka
pada satu tanda...
bangkit dan bangkitlah
sedarkan diri.....