Saturday, February 27, 2016

cukup-cukuplah FITNAH itu


cukup-cukuplah Fitnah itu
mencaci maki jiwa-jiwa yang lara
merobek aib saudara
menerjah sangka buruk melata
mengherdik bisik-bisik bodoh
hilang sudah harga diri
cukup-cukuplah...

cukup-cukuplah Fitnah itu
meragut sisa-sisa usia tua
ketawalah segala
pembodek-pembodek rapuh
pengampu-pengampu cerca duka
penghias-penghias rakus
hilang sudah maruah bangsa
cukup-cukup terhina!

cukup-cukuplah Fitnah itu
padamkan api-api duka
sebelum dikau pergi
bertemu Tuhan Yang Maha Kuasa

bila aku rindu


bila aku rindu
ku cuba intai kasih dulu
berteman senja yang kelam
melangkah sepi 
pada pelukan kenangan
berselimutkan lantai pelangi usang
berbisik pada doa-doa keluh-kesah
hampir tersungkur resah

bila aku  rindu
ku cuba memujuk duka
berteman watak-watak berbisa
amat sakit menyakitkan
pada sangka-sangka dusta
berhiaskan kata-kata luka
khianat mengkhianati
hilang segala

bila  aku  rindu
mulalah durja mentafsir duka
mulalah fitnah berkalung sepi
mulalah cerita-cerita bermimpi
pada angan-angan keliru
lemah longlai segala resah
pudar  selamannya

bila aku rindu
tolong ingatkan aku
pada mimpi rindumu
walau sekejap
kerna
aku merinduimu...

untukmu gadis yang bernama Nabilah


Untukmu Nabilah...

nabilah
aku tahu rindumu kelam
aku tahu sepimu kucar
aku tahu kasihmu tulus
aku tahu dukamu lara
kerna...
kau insan mulia disisiku

nabilah
aku tahu kau tabah
aku  tahu  kau akan mengerti
aku tahu kau akan mudah resah
aku tahu kau amat terusik
pada rindu yang tulus
kau  insan teristimewa

nabilah
jangan berduka ya sayang
jangan menyimpan dendam
jangan mengguris luka hatimu
jangan menyerah kecewa
jangan lupa...
kerna
aku amat mencintaimu

BIILA AKU SUDAH JATUH CINTA


bila aku sudah jatuh cinta...
ku cuba meraih lukisan silam
ku cuba mengintai mimpi duka
pada janji-janji dikhinati
sakit berbisa berpaling tiada
itu bila aku sudah  jatuh cinta

bila aku sudah jatuh cinta
ku cuba pendamkan rasa luka terkecewa
ku cuba mencari luka-luka semalam
pada jiwa hati melara
amat menyakitkan....

bila aku sudah jatuh cinta
ku  cuba lupakan sepi semalam
ku cuba mengintai rindu doa celaru
pada air mata sepi pedih terluka
pada resah gelisah lara
dibuai  mimpi-mimpi kelam membuta
bila aku terjatuh dari cinta

bila aku sudah jatuh cinta
ku harap mimpi semalam akan pergi
ku harap rindu semalam akan kembali
kerana
aku sudah jatuh cinta
cinta  untuk mu...



Thursday, February 11, 2016

hanya Allah


teman
jangan sedih ya
bila kau berduka
bila kau kecewa lara
bila kau sering terusik
kerana Allah pasti bersamamu

teman
jangan sedih ya
bila kau tersilap
bila kau tersesat
bila kau resah gelisah
kerana Allah Maha Pengampun

teman
jangan sedih ya
bila kau terlupa
bila kau terhina
bila kau berduka 
kerana Allah Maha Pengasih

teman
jangan lupa ya
bila kau gembira

bila kau bahagia
bila kau bersuka-ria
kerana Allah sentiasa Melihatmu

teman
jangan lupa ya
tunaikan solatmu
tunaikan amanahmu
tunaikan janji katamu
tunaikan bisikan doamu
kerana kita akan kembali
kembali kepada Allah

teman
jangan lupa ya
jaga hati ibubapa
jaga hati kasih saudara
jaga hati pada taubat nasuha
jaga hati pada amalan mulia
kerana kita akan pulang
pulang kepada Allah

teman
jangan lupa ya
hanya Allah yang satu

jangan menyerah


jangan menyerah
pada duka mimpi semalam
pada cerca diri kecewa
pada luka-luka hanyir
pada hati-hati yang dusta
jangan menyerah

jangan menyerah
pada derita terlakar
pada sumpah serakah
pada angan-angan keliru
pada harta nafsu durja
jangan menyerah

jangan menyerah
pada rasa sedih
pada rasa tersisih
pada rasa tersindir
pada rasa pahit bermadu
pada bisik-bisik hanyir
jangan menyerah

jangan menyerah
Allah pasti membantu
kerna kasihNya amat tulus
kerna cintaNya cukup utuh
kerna rinduNya lebih hebat
kerna rahmatNya sentiasa ada
jangan menyerah

jangan menyerah...

tahu tak. aku amat sayangkan kamu



tahu tak
aku selalu terluka
melakar mimpi duka
berjalan dalam angan-angan kelam
sepi keseorangan
sedih pilu

tahu tak
aku selalu mencarik simpati
pada wajah-wajah tersayang
mentafsir kata hanyir
meniti rindu-rindu kelam
tanpa kasih disisi
sedih kecewa

tahu tak
aku selalu terguris
mendendangkan kata-kata nista
sering mencarut luka
pada semangat kasih
dilupakan dicaci
terhambur segala derita
membawa diri
sedih duka

tahu tak
aku amat sayangkan kamu
walau dihina diherdik
pada dosa dusta semalam
pada sangka-sangka buruk
pada sangkar fitnah keliru
pada dendam kasih khianat
sedih keliru

tahu tak
aku sayangkan kamu
sungguh...

lupakan aku


lupakan aku
aku sudah tersisih
jauh dan sepi

lupakan aku
aku sudah kecewa
membawa hati luka

lupakan aku
aku sudah bosan
pada janji terlena

lupakan aku
aku sudah berduka
berteman luka semalam

lupakan aku
aku akan pergi
selamanya