Tuesday, November 10, 2015

Sang Penabur Fitnah! Sungguh Hebatkah Diri!

duhai kamu Sang Fitnah!
melata sungguh kamu bersorak
bernyanyikan lagu khianat
berlirikkan petua-petua duri berbisa!
berdendang dalam irama buta tuli!
ketawa yang tak sudah-sudah!
Sungguh hebatkah diri! celaru duka

duhai kamu Sang Fitnah!
akhir sudahkah kau menjaja karut!
atau belum pasti! 
suka menghasut!
memuja jasa diri! kelam celaru
pada rasa ego! bangga diri!

duhai kamu Sang Fitnah!
mahu apa lagi!
cerita apa lagi!
asyik menari dalam wajah kusam!
hampir-hampir buta dusta!
dalam angan-angan yang celaru!

duhai kamu
sang Fitnah!
hebat sungguhkah diri!


GILA KUASA!

Gila kuasa!
adakah aku gilakan kuasa!
mengherdik sang penjajah cerita
mencarut harum berbunga gelisah!
mencuba memuji hebatnya diri
pada sang kuasa gilakan kuasa!
gila kuasa kah diri ?

Gila kuasa!
menjatuhkan maruah bangsa!
menabur benih fitnah melata durja!
mahu punya nama yang hebat!
mahu punya harta yang cukup dasyat!
biar papa kedana harga diri!
lupa pada janji setia!
gila-gila sungguh!

Gila kuasa!
keparat hidup dalam jiwa
membusuk bangkai derita
membiarkan derita berduka!
berteman sang pencacai gila!
gilakan kuasa! gilakan mimpi dunia!
membuat diri tersungkur hina
gila sungguh!

Gilakan kuasa!
siapa yang tahu!
ada aku kesah!
tunggu dulu! biar betul! aku gilakan kuasa!
hahaha! gilakah sungguh!
sungguh gila!
hina sungguh...

Gilakan kuasa!
tak takut mati kah!
ada bebanan duka melarat nanti!
sungguh malunya diri!
malu sungguh!
disaat Maut menjemput kembali...
sungguh sakit menyakitkan!


rajuk hatiku

rajuk hatiku
telah kubawa jauh-jauh
telah kuikat dalam maruah janji
telah kulukiskan dalam watak resah duka
membuat aku sepi kelam
sedih berteman rindu
rajuk hatiku

rajuk hatiku
tiada siapa yang tahu
tiada siapa yang ambil peduli
tiada siapa teman disisi
tiada lagi segalanya
disaat resah membalut laraku
hampir hanyut dalam duri luka
rajuk hatiku

rajuk hatiku
sangka buruk jadi cercaan 
fitnah duka dijaja cerita
pentingkan diri sendiri
cuba menghasut!
membutakan mata hati
mencarut kata!
gelisah berduka
sampainya hati!
rajuk hatiku

rajuk hatiku
hanya doa peneman dukaku
hanya rindu pengubat resahku
hanya kenangan penawar sepiku
pasti!
aku kutemui ketenangan itu
disaat Tuhan bersamaku
selamanya

SELAMATKAN BUMI PALESTINE ! TUNGGU BANTUAN ALLAH.










BismillahHirrohmanNirrohiim
AllahuAkbar...

Al-Fatihah buatmu Saudaraku rakyat Palestine!


tunggu balasan Allah!
wahai saudaraku rakyat Palestine!
hebatnya takwa kamu
gagahnya pengorbanan kamu
utuhnya semangat saudara
mempertahankan tanah tercinta
tunggu balasan Allah!

disini
kami melihat
kami mendengar
kami berdoa dan terus mendoakan
moga kamu terus cekal
menghadapi bangsa terlaknat itu
yang meragut maruah saudara kita
AllahuAkbar!

wahai saudaraku 
rakyat Palestine
jangan gentar 
jangan ragu
berjuang dan teruskan perjuangan
Insha Allah
Allah bersama kita
suatu masa
pasti kejayaan akan tiba!
AllahuAkbar!