Saturday, January 21, 2017

bila sudah kemaruk kuasa

bila sudah kemaruk kuasa
dusta jadi cerita dijaja
mencarik luka-luka rakyat
ketawalah sang pembodek
gilakan kuasa
pada sisa-sisa dunia
tiada maruah
tiada harga diri
kemaruk kuasa

bila sudah kemaruk kuasa
sang pendusta mula bercerita
mentafsir angan-angan keliru
pada kuasa 
pada janji
pada suatu amanah
hilang segala
disaat tersungkur
pada kuasa terkeliru

bila sudah kemaruk kuasa
segala kata hancur terlupa
mencarik fitnah melata
mahu mu apa lagi
disaat usia senja
tanpa rasa belas kasih
pada kemaruk kuasa
dikala
ajal mu tiba

rindu seorang gadis

ada dimana
pada saat ini
aku ingin bertanya
pada bisikan rindu
untuk seorang gadis
gelisah resah jiwa ku

kali pertama
saat itu jua kau pergi
ku cuba ingat
hampir tersungkur
pada rindu terjahit sudah
dalam bisikan kelam
buat seorang gadis

ke mana menghilang
saat aku tersesat
mendamba kasih luka
pada mimpi semalam
merindui mu selamanya

aku masih ingat

aku masih ingat
mimpi semalam
pada rasa kasih seorang ayah
pada cintanya seorang ibu
pada rindunya seorang anak
dalam tafsir mimpi duka

aku masih ingat
kisah semalam
pada suara hati seorang bapa
pada bisikan jiwa seorang emak
pada tinta keliru seorang anak
dalam cerita kalut rindu

aku masih ingat
angan-angan semalam
pada doa seorang abi
pada belaian seorang ummi
pada renungan seorang anak
dalam tulisan gundah gulana

aku masih ingat
selamanya...
untuk mu
ayah
ibu
selamanya.....

cerita hati

bila mula hati bercerita
mengusik duri yang melata
mencarik luka senja semalam
pada bayang-bayang keliru
cerita hati seorang rakyat
dijajah dan terjajah

pura-pura lupa
dilupakan dan melupakan
pada luka rasa hati
pada duka mimpi-mimpi
terhina dan rasa dihina
kemaruk seorang pemimpin
suka sangat gilakan kuasa

cerita hati
sudah lama bermula
pada kisah warisan
pada tanah-tanah yang tersungkur
pada harga diri bangsa
menjual maruah menggadai duka
berlari dan terus melarikan diri
hilang segala...

bangsa ku
lupakah kau cerita hati
mendakap angan-angan perit
membalut luka-luka hanyir
kemaruk segala
pada cerita hati
rakyat yang dijajah peduli..