Thursday, February 21, 2013

KENAPA KITA BERPECAH ?

Dulu
ada cerita mahu dikata
ada rasa mahu diluah
masing-masing mahu menjajah
hebatkah kita ?
pada keliru membuta

dulu
ada tanda kenangan ternoda
berbisiklah segala harapan
mungkir segala kata
terkadang meracun dusta
tak sedar-sedarkan diri
habislah kita !

bangsaku
kita berpecah satu dua
bersatu tidak terkira
kejap angan-angan memuja
kadang bicara punya bisa
sakit dan amat-amat menyakitkan
pada fitnah yang dinoda

bangsaku
kenapa kita berpecah ?
mahu dikejar apa ?
fitnah ditabur segala...
bermulalah khianat
mengali lubang derita
mencubit darah saudara
alahai bangsaku

disini
bata-bata kota semakin resah
janji-janji semakin kelam gelisah
tali ukhuwah semakin gundah
mengapa
kenapa kita berpecah ?

Saturday, February 16, 2013

tak terpilih tak mengapa

tak terpilih tidak mengapa
itu adalah takdir
kita perlu teruskan perjuangan
bukan mahu apa-apa balasan
yang penting semangat bangsa

tak terpilih tidak mengapa
perjuangan perlu diteruskan
sabar dan tabah pasti ada balasan
bukan untuk hari ini
tapi selamanya

tak terpilih tidak mengapa
kita adalah pejuang bangsa
rakyat pasti mengerti
betapa hebatnya kasih itu
jangan rasa gundah
pasti ada bahagia menyusul

tak terpilih tidak mengapa
mungkin ada hikmahnya
pasti dikau temui rasa damai
rasa gembira selamanya
dikala redha Tuhan hadir bersama
pasti hasratmu tercapai jua
pasti

tak terpilih tidak mengapa
kau pasti akan temui jalan bahagia
bersama pejuang bangsa
aman-damai selamanya


jangan lupa

jangan lupa
pada satu harapan
dikala gundah membisik kata
disaat kasih hampir terdusta
pada rasa kasih
pada rasa khuatir

jangan lupa
pada suatu janji
terukir dalam wajah-wajah kelam
terlukis dalam warna kusam
diatas satu harapan
jangan lupa

disini
jangan pecahkan kasih itu
jangan menghina memaki dusta
jangan pula pura-pura lupa
pada satu perjuangan
rasa kasih derita
sesama kita

disini
jangan lupa
pada satu janji
jangan lupa 

masihkah kau ingat!

masihkah kau ingat!
waktu dirimu penuh lara
diheret sang penjajah
segala cemuh kesat melata
penuh madah sang pendusta
sakit dan memeritkan

masihkah kau ingat!
disaat air-mata jatuh membara
mengusik segala kasih
mengherdik memuntahkan kata
pada satu harapan
lupa segala

masihkah kau ingat!
pada belaian kasih
mengharap belas segala
disaat dikau berbahagia
lena dalam khalayan indah
asyik berdendang duka
membutakan segala
masihkah kau ingat!

masihkah kau ingat!
diwaktu ini!
pada suatu janji!
menangis menuntut kata!
masihkah kau ingat!
tunggu disana!
janji Tuhan pasti datang!

ada-ada saja

ada-ada saja
mahu memimpin
mahu dipuja
mahu segala
walau hanyir bau berdusta
lupa disaat nafas terhenti

ada-ada saja
kelam-kabut segala
mencarut juga mahu
walau darah diludah derita
yang penting ada kuasa
lupa dikala nafas berduka

ada-ada saja
berjanji segala kata
melukis segala madah
khuatirlah segala dosa
dalam hirisan rasa bongkak
lupa pada sakitnya maut melanda

ada-ada saja
menabur segala hina fitnah
mahu sanjung
tak mahu dicerca
membuak segala nafsu
kecut dan jadi pengecut
lupa pada peritnya perjuangan
yang pernah diikat kasih bersama
ada-ada saja
pulanglah 
sebelum nafas terhenti...

Wednesday, February 13, 2013

JANGAN CELARU

jangan celaru
memecahkan segala duka
mematikan rasa bangga
hanya kerna memuji diri
mahu disanjung
tidak cukupkah itu

jangan celaru
menjanjikan kata fitnah 
meludah segala kemaruk hina
hanya kerna mahu dipuja
lupa disaat nafas terhenti
siapa lagi mahu peduli

jangan celaru
membanggakan maruah busuk
rasa khuatir rasa sesak
mudah terasa
segalanya mungkir
hampir melarat

janganlah menabur dusta
khianat diri sudah bernanah lara
mata hati sudah tahu
siapa dan apa yang berdendang
jatuhlah dikau
binasa dan berlari perit membisu
diatas fitnah yang terlukis

jangan celaru
pasti ada balasan
pada doa hijab
disaat air mata mengalir
dikala keredhaan tiba
selamanya

Sunday, February 10, 2013

salam tahun baru cina




salam tahun baru cina
inilah warisan budaya
inilah semangat bangsa kita
bangsa Malaysia

salam tahun baru cina
eratkan perpaduan 
bersatu dalam semangat kasih
tanpa mengira kaum dan budaya
memperjuangkan kedamaian
bangsa Malaysia

salam tahun baru cina
moga kita kekal bersama
mengeratkan kasih 
menjaga keharmonian warisan
dalam satu semangat
semangat bangsa Malaysia

salam tahun baru cina
kita perjuangkan rasa kasih
bersatu bersama
selamanya