Thursday, May 7, 2015

sebenarnya aku mahu pulang

Sebenarnya aku mahu pulang
Rinduku terjahit dalam disini
Air mataku selalu menitis duka
Bukan disengajakan
Tulus hati merindui kamu

Sebenarnya aku mahu pulang
Bukan berjanji tidak tepati
Bukan mencuba menghiris simpati
Kerna
Aku amat menyayangi kamu
Sejak dulu dan selamanya

Sebenarnya aku mahu pulang
Walau sering dijaja derita
Walau sering terhina disisi luka
Kerna
Aku masih merindui kamu
Atas nama Allah hatiku berpalut doa

Sebenarnya
Aku sudah mahu pulang
Kerna
Sejak dulu aku tak berhenti berdoa
Andainya rindu kembali
Kita pasti berjumpa...
Aku rindukan kamu
Pada mereka yang berhati tulus
Pada mereka yang bersangka baik
Pada mereka yang kekal berdoa
Selamanya
Aku rindukan kamu

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.