Tuesday, May 19, 2015

buat mu gadis yang bernama NANA

buatmu gadis yang bernama Nana


buatmu nana
aku tahu hatiku resah
aku tahu jiwaku gelisah
meratap anganku yang tak sudah
mencuba mendamaikan rasa cinta
pada rasa sepiku disisi

buatmu nana
jiwaku kacau tak sudah-sudah
rinduku terjahit sepi
mimpiku tercalar derita
mencuba memujuk rasa kasih
pada pelukan mimpi semalam

buatmu nana
bicara mu terukir pedih
resah sudah gelisah diri
tiada siapa mahu dimengerti
mencuba dan terus mencuba
pada air mata yang tulus

buatmu nana
aku berharap aku mengharap
mohon segala dimengerti
pada rasa hati yang kecil
kerna
aku amat mencintaimu

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.