Tuesday, May 19, 2015
jangan aibkan saudara mu
jangan aibkan saudara mu
berpura alim berpura benar
mencerca nista saudara
siapa kau disisi Tuhan ?
jangan aibkan saudara mu
membongkar nista hanyir
mencarut melemparkan daki busuk
mengkhianati kasih saudara
sakitkah dikau ?
jangan aibkan saudara mu
membisik kata durja
menanam benih duri dusta
menjeling mematahkan lidah kesat
apa yang kau banggakan ?
kebencian mu tak sudah-sudah
jangan aibkan silapnya saudara mu
menjajah derita senjanya
melaungkan khabar berbisa
ego dan cuba berdusta
mahu hidup seratus tahun lagi
penuh igauan penuh khalayan
cukupkah sudah pahala mu ?
mengaibkan saudara
jangan aibkan saudara mu
kau pasti bertemu keaiban
kau pasti akan tersungkur
kerana kau
juga tidak cukup sempurna
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.