Monday, September 26, 2011

Cinta Untuk Nabila - Bahagian Pertama-Isu 1


CINTA UNTUK NABILA

salam kasih-pesanan penulis: segala kandungan dan isi cerita ini tidak ada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang mati.kandungan cerita ini hanyalah kudrat ilham penulis yang wujud atas kehendak dan petunjuk Allah dalam memberikan idea untuk menceritakan kisah ini.syukur Alhamdulillah.ingatan penulis-segala kandungan dan kisah ini,jika ingin dipaparkan diartikel lain-harap mendapat keizinan penulis.salam kasih dan salam persaudaraan.assalammualaikum wharahmatullah dan salam sayang....



cinta untuk nabila

Bahagian Pertama-Isu 1

Semua insan merindukan kasih yang tulus.Mengharapkan kejujuran  dan kesetiaan dalam menjalinkan ikatan kasih .Bagi insan lemah seperti aku,aku teramat sekali merindukan kasih itu.

Tanda ketulusan senantiasa hadir dalam langkah hidupku.Jarang sekali aku membenci dan menidakkan kasih insan yang hadir dalam hidupku.Apatah lagi,bila terasa diri ini disayangi dan dihormati lebih dari darah kandung sendiri.Bertuahlah insan yang hidup dalam ukhuwah sebegini.Sentiasa terasa tenang dan damai bersama ratapan kasih tulus.Sungguh indah sekali kasih itu...

Sejak kecil,aku hidup dan dibesarkan dalam warisan keluarga bahagia dan senantiasa mengamalkan semangat permuafakatan dan kasih yang tulus.Senda-gurau dan tawa-tangis sering hadir dalam kehidupan keluarga kami.Begitu hebatnya didikan ayah dan emak mewarisi darah keturunan sejak berzaman.Itu amat aku akui dan hargai selamanya.

Ada banyak kenangan suka-duka dalam hidupku dan hadir dalam ingatanku.Begitu sukar untukku muntahkan dan luahkan dalam lipatan pena tajamku.Namun,kusedar,semua ujian serta dugaan yang aku lalui disetiap langkah pasti ada hikmah jalan kebaikannya.Kasih Allah itu Maha Hebat.Tulus dan teramat dalam untuk dinukilkan dalam warna kasih.Begitu hebatnya kasih Allah.

Bermulanya kisah hidupku yang mendewasakan pemikiran dan jalan kehidupanku adalah sewaktu aku berada ditingkatan 5 dan bermulalah kisah cinta monyetku yang sering diperkatakan oleh semua insan.

Adakalanya,cinta-cinta monyet ini melucukan,mengembirakan dan mengecewakan.Paling hebat lagi,membuat tidur malam tak lena.Rindu gila bayanglah katakan!

Kenangan Cinta dulu dengan cinta sekarang jauh berbeza,terlalu banyak yang teristimewanya cinta dulu-dulu.Malah,lebih indah dari zaman IT pada masa ini.Maaf,itu pengalaman dan kata-hati aku yang berbicara jujur.

Teringat aku pada satu cerita zaman sekolah rendahku.Waktu itu aku belum matang lagi.Sunatpun tak!maaf ye.Waktu itu,aku dah mula kenal rasa kasih dan warna cinta.Baru mulai masuk darjah 6.Dah mula tersipu malu pada setiap rakan-rakan sekelas yang bernama anak dara.Untuk pengetahuan,anak dara dulu bersopan dan cantik.Tak kira bangsa apa,watak semangat perpaduan amat erat diantara kami.Moga ikatan itu akan kekal selamanya di tanah warisan kita ini.aamiin Ya Allah.

Aku belajar dalam kelas 6C dan menjadi ketua kebersihan.Dulu masa darjah enam diawal 80an,peperiksaan UPSR belum wujud lagi.Waktu itu,dinamakan Ujian Penilaian Darjah 5.Malah bahasa ejaan dulu,jauh berbeza sama sekali.Setiap pelajarnya juga lebih akrab dan bersemangat untuk belajar.

Nak sebut pasal Guru,lagilah terbaik.Kami lebih menghormati dan takut pada Guru dizaman dulu.Silap hari-bulan,jika lewat masuk  datang kesekolah,dah kena denda dengan pelbagai arahan.Lucu dan menyakitkanpun ada.Antara dendanya ialah berdiri berjemur ditengah padang sekolah selama sejam,berlari mengelilingi padang sebanyak 7 kali,berdiri atas bangku sekolah dan berjalan masuk kesetiap kelas sambil membawa satu kertas manila kad yang bertulis "Saya Budak Malas Dan Lewat Datang Ke Sekolah".Malu juga,apalagi,bila rakan-rakan perempuan tersenyum dan ketawa.Sedih juga masatu.Membuat aku gelak sendirian.

Berbalik kepada mula mengenal warna kasih cinta itu.Aku dah lama terpikat dengan seorang anak gadisni,wajahnya ayu je,malah selalu masuk dalam mimpi malamku.Ramai juga pelajar sekolah yang minat kat dia.Diani,berbangsa cina kadazan.Anak orang kaya pulak tu.Namanya Pang Wee Ling.Hingga sekarang,aku tak pernah temuinya.Dan kami terputus hubungan selepas masing-masing menyambung pelajaran naik ketingkatan 1 dan berada dalam sekolah menengah yang berbeza.Apa yang saya dengar melalui cerita rakan,dia dah kahwin dengan seorang pekerja ayahnya yang juga berbangsa cina selepas tamat tingkatan 3.Zamantu,masih ada peperiksaan SRP,yang gagal matematik pasti tak dapat naik ketingkatan 4.Sedih juga.Apa boleh buat,dah jodoh dia.

Aku sebenarnya,dah lama sukakan dia.Kadang-kadang,tak dapat tidur lena dibuatnya.Hingga pada masa cuti sabtu ahadpun,aku dapat rasakan,terlalu lama masa itu.kalau boleh,tak payah cuti.Sekolah hari-hari lagi bagus.Tak jemu aku memandang wajahnya.Tapi,aku takut nak luahkan padanya.Kerna takut cinta tak diterima.Maklumlah,dia cantik,putih dan anak orang kaya pulak tu!



 
 

  

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.