Tuesday, April 5, 2016

jangan berhenti mengharap rahmat Allah

jangan berhenti mengharap rahmat Allah
bila hati mu amat payah menanggung-derita
bila hati mu terlalu gelisah
bila hati mu berkecamuk dalam dosa
bila hati mu gundah punah
kerana kasih Nya Allah amat tulus
cahaya bahagia akan menanti mu
jangan berhenti ya

jangan berhenti mengharap rahmat Allah
bila tibanya kesusahan dalam jiwa mu
bila datangnya dugaan hiba buat mu
bila sepi duka mu terkhianat lara
bila kekecewaan melanda rindu
kerana Allah senantiasa menjaga Mu
kerana Allah senantiasa melihat Mu
kerana Allah senantiasa mengasihi Mu
pada rasa takut mu sebagai hamba
pada zikir doa mu sebagai insan
pada munajat mu sebagai makhluk
kasihnya Allah sungguh hebat
disaat air mata mu jatuh mengalir
pada taubat seorang hamba yang hina
jangan berhenti ya

jangan berhenti mengharap rahmat Allah
jangan bersangka buruk pada kasihnya Allah
jangan mudah patah semangat
jangan mudah mengalah duka
bangkitlah dengan amalan solat
bangunlah dengan doa munajat
berdirilah menjaga adap keredhaan
pimpin hatimu ke jalan yang mulia
disitu
pasti kau temui cahaya indah
disitu
pasti kau temui rasa ketenangan
disitu
pasti kau temui kebahagiaan
dikala
kau pasrahkan doa pada kasihnya Allah
kerana
Allah Maha Belas Kasih RahmatNya
Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.