Wednesday, March 27, 2013

mahu memangkah


masanya akan tiba
mahu memangkah
mahu memilih
aku perlu berhati-hati

memangkah
jangan silap 
ada banyak janji 
bukan mahu memuji
aku perlu berhati-hati

mahu memangkah
bukan mudah 
segala simpati pasti ada
jangan berkeluh-kesah 
jangan berangan-angan
pasti
ada janji berbunga
ada janji tersisih
aku perlu berhati-hati

memangkah
aku sudah bersedia
hati-hati juga ada
bukan pada rasa puas
bukan jua segala
cuma
memangkah pada yang kasih
ada budi ada jasa
aku mahu memangkah

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.