Wednesday, March 27, 2013

kenapa kita berpecah


berpecah
kenapa kita berpecah
mengadaikan maruah
mempersenda segala
mahu apa ?
jangan-jangan gilakan kuasa

berpecah
mengapa kita berpecah
memahat kasih yang indah
mahu melukakan segala
mahu apa ?
jangan-jangan mabuk kuasa

berpecah
itu yang dimahukan
menurut janji dusta
mencerca segala
khianat dan tamak- haloba
itu yang kau mahu
atau
kau mahu apa ?
jangan-jangan kemaruk kuasa

bangsaku
kita adalah saudara
pecahkan sahaja pengkhianat itu
benamkan dalam darah semangat
pada rasa kasih 
pada maruah yang dimuliakan
pada rindu gundah
mengharap redha Allah

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.