Tuesday, January 8, 2013

bapa

bapa
rinduku datang lagi
segala lara duka hadir
teringat kasih duka
dikala jiwaku terusik resah
pada tanda kenangan 

bapa
apa khabarmu ?
bagaimana dengan keluarga kita
pada bicara rindu
pada kata kasih terdusta
amat menyakitkan urat diri

bapa
dukaku melara kini
acap-kali mimpiku kacau
adakala air-mataku kelam hampa
dikala jiwaku merinduimu
disaat kasihku penuh dendam duka
menghiris segala derita

bapa
aku mahu pulang
rinduku semakin gundah
kasihku terikat pilu
aku mahu pulang

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.