Sunday, December 16, 2012

aku mahu pulang

rinduku sudah kelam
kasihku sudah tenggelam
kenapa hatiku gundah
silapkah aku
menanti janji diri
yang pasti
aku mahu pulang

rinduku teramat sakit
segala kenangan meragut mimpi
dikala aku rasa kesepian
disaat hatiku terpanggil
ada apa
adakah rindu itu hadir
aku keliru agaknya
pada janji diri

aku mahu pulang
sudah terlalu lama
jauhnya hidupku
kutinggalkan kasih itu
bukan kerna membenci
bukan jua terhasut
hanya derita diri
pada suatu janji


aku mahu pulang
doakan aku

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.