Tuesday, January 8, 2013

tembok derita

sudah lama
ada cerita dalam duka
ada kuasa berbisik durja
lalu bersepah macam sampah
berterabur berpecahlah segala

sudah lama
topeng-topeng gila bermimpi
mendustakan fitnah rakus
membakar kasih setiap jiwa
hanya mencaci dan memaki diri
lupa segala janji

sudah lama
ada nafsu mahu memerintah
mahu membalas segala kuasa
biar terpijak segala maruah
biar segalanya menjadi dungu
lena dan berangan-angan kelam
menanti janji yang tak pasti

sudah lama
kisah-kisah diketawakan
banyak putar-belit kasih terdusta
ditelan tanpa usul periksa
dimuntah amat payah sekali
semakin resah segala

sudah lama
memperlekehkan pejuang tulus
membisik menabur duri busuk
memuji pada kehebatan
hingga lupa
hidup bukannya lama
alahai nyawa
alahai badan
tembok derita sudah senja
mahu apa lagi

sudah lama
sudah-sudahlah
jangan sampai aib terbuka
pada kemurkaan Allah

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.