Sunday, December 16, 2012

ada satu fitnah

ada satu fitnah
menghasut mengherdik saudara
sengaja memalukan pada kesilapan
yang diaibkan bersatu darah
membutakan hati
berpura-pura alim
hanya menunggu kecelakaan

ada satu fitnah
dijanjikan kemewahan diri
penuh watak berduri
manis segala kata nista
menghina dan mencarut
pada bayang-bayang sendiri
kenapalah tak sedarkan diri
cukup baikkah kehormatan diri
muliakah jasad itu
tunggu pembalasan Tuhan

ada satu fitnah
memakan diri sendiri
berjalan senyap sepi
berpayungkan rasa kasih yang kelam
mendustakan mata hati
sejujurnya diri membenci diri
lupa dan sengaja memuntahkan duri
pada gelaran yang terhormat
pada sang rakus yang haloba
menjajah bangsa diri yang terlupa
berbau hanyir yang memaki diri
amat berat dosa yang terlaknat
hai lah jasad
lupakah dikau
asal-usulmu


ada satu fitnah
akan hancur musnah
bangkit semua hijab munajat
memecahkan watak-watak diri
penuh wajah munafik
penuh lidah-lidah yang fasik
tersungkurlah diri itu
terbuka segala aib
sudah mahu kemana
larilah kemanapun
terbukalah celaru nistamu
disaat
nafas khianatmu terhenti
sakit dan amat menyakitkan
sungguh payah diri

ada satu fitnah
bertaubatlah
sedari wajah diri
sebelum
kita mengundur diri
membawa duka lara yang nista
malu 
dihadapan yang Maha Kuasa...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.