Saturday, April 16, 2016

sudah-sudahlah

sudah-sudahlah
melukis durja fitnah
melakar buruk-sangka resah
pada jiwa saudara
hampa keliru mengelirukan
sudah-sudahlah

sudah-sudahlah
mencarik-carik tinta dusta
ketawa dalam bisikan-bisikan buta
menyimpan dendam-dendam yang tak sudah
berbau hanyir penuh kelam derita
busuk sungguh khianat resah mu
sudah-sudahlah

sudah-sudahlah
mencari salah-silap saudara
merampas rasa simpati 
menjerut lidah-lidah keliru
pada resah gelisah
sudah-sudahlah

sudah-sudahlah...

tahu tak. aku sayang kamu sangat-sangat

tahu tak
aku sayang kamu sangat-sangat
walau hatiku selalu disakiti
pada rasa benci 
pada sangka-sangka buruk 
pada fitnah yang tercalar
tahu tak

tahu tak
aku sayang kamu sangat-sangat
walau air-mata ku sendu pilu
pada rasa gusar
pada cerita-cerita keliru
pada cemuhan caci-maki hina
sedih sungguh

tahu tak
aku sayang kamu sangat-sangat
dikala sepi melakar duka
disaat khuatir mu celaru
ku curahkan segalanya
menari dalam tawa watak-watak resah
segalanya untuk kamu
hebat sungguh

tahu tak
simpatiku tiada penghujung
cintaku tiada warna pudar gundah
rasa kasihku merayu kelam
pada mimpi-mimpi serik keliru
pada duka sang pentafsir malang
terkeliru amat mengelirukan
hampa berduka

tahu tak
aku sayang kamu
sayang sangat-sangat...


senja berlabuh

senja berlabuh
mengukir sisa-sisa usia usang
melakar warkah sepi di atas mimpi kelam
ditafsir penuh duri-duri keliru
pada nista hampa duka semalam

senja berlabuh
meninggalkan tanda pudar kusam
hanya mencengkam simpati dusta
dipendam dalam gusarnya hati gundah
pada rasa simpati rasa meluat
kemaruk segala

senja berlabuh
memuntahkan dosa-dosa lara
mengangkat jiwa-jiwa pasrah
menghimpit hati-hati yang sepi
menangislah segalanya
pada hiruk-pikuk kucarnya dusta
pada janji-janji dikhianati
di atas doa-doa keliru
penuh kecewa hampa berduka
kesian sungguh

senja berlabuh
nyawa hampir lesuh tersungkur
teringat pada rasa ego rasa bangga
hanyut dalam angan-angan kelam
tiada lagi rasa hebat rasa gagah
kecewa tak sudah-sudah
merajuk rasa simpati
baru teringat luka disakiti
terhimpun dalam dusta keliru
apa dah jadi
malangnya nasib

senja berlabuh
hiaskanlah diri
ceritakan resah keliru
selimutkan dalam taubat nasuha
terjahit dalam doa-doa munajat
menanti belas kasih Nya Tuhan
disaat maut resah menghampiri
dikala jiwa mengusik sedih
pada air mata duka
pada rasa tulus ikhlas
di atas
keluh-resah
pada kasih Nya Tuhan
damai selamanya

Tuesday, April 5, 2016

jangan berdendam

jangan berdendam
pada dusta terkhianat
pada sangka terbabas keliru
pada duka-duka yang terasing pilu
pada nafsu serakah membisu
pada tawa gilakan kuasa
kerna
Tuhan akan membalas Nya

jangan berdendam
pada sedihnya terfitnah melulu
pada bosannya latah-latah dunia
pada jerit pekik penjajah duka
pada kemaruk si pemabuk kuasa
pada dendam duri-duri dusta
kerna
Tuhan akan menjaga Mu

jangan berdendam
pada mimpi-mimpi usang keliru
pada pentafsir-pentafsir hanyir
pada pembodek-pembodek rakus
pada penghibur-penghibur durja
pada matinya duka berliku
kerna
Tuhan akan membantu Mu

jangan berdendam
bahagia akan tiba
pada sabar redha mu 

bila aku rindu

bila aku rindu
ku cuba hias sepi luka ku
pada tepian kenangan lalu
terlakar dalam bayang-bayang pilu
disaat tiada teman disisi

bila aku rindu
ku cuba pejamkan rasa rindu duka
pada sumpah janji lara
terukir dalam mimpi-mimpi duka
disaat langkah ku mula terhenti

bila aku rindu
ku cuba coretkan bisik-bisik luka
pada tepian senja berlabuh
terhias dalam warna-warna kusam
disaat gelisahku menduga benci

bila aku rindu
ku cuba khianati dusta
pada rasa ego
tersungkurlah sudah
disaat air mata ku sepi membuta

jangan berhenti mengharap rahmat Allah

jangan berhenti mengharap rahmat Allah
bila hati mu amat payah menanggung-derita
bila hati mu terlalu gelisah
bila hati mu berkecamuk dalam dosa
bila hati mu gundah punah
kerana kasih Nya Allah amat tulus
cahaya bahagia akan menanti mu
jangan berhenti ya

jangan berhenti mengharap rahmat Allah
bila tibanya kesusahan dalam jiwa mu
bila datangnya dugaan hiba buat mu
bila sepi duka mu terkhianat lara
bila kekecewaan melanda rindu
kerana Allah senantiasa menjaga Mu
kerana Allah senantiasa melihat Mu
kerana Allah senantiasa mengasihi Mu
pada rasa takut mu sebagai hamba
pada zikir doa mu sebagai insan
pada munajat mu sebagai makhluk
kasihnya Allah sungguh hebat
disaat air mata mu jatuh mengalir
pada taubat seorang hamba yang hina
jangan berhenti ya

jangan berhenti mengharap rahmat Allah
jangan bersangka buruk pada kasihnya Allah
jangan mudah patah semangat
jangan mudah mengalah duka
bangkitlah dengan amalan solat
bangunlah dengan doa munajat
berdirilah menjaga adap keredhaan
pimpin hatimu ke jalan yang mulia
disitu
pasti kau temui cahaya indah
disitu
pasti kau temui rasa ketenangan
disitu
pasti kau temui kebahagiaan
dikala
kau pasrahkan doa pada kasihnya Allah
kerana
Allah Maha Belas Kasih RahmatNya
Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

YA ALLAH...DAKU MOHON BANTUAN MU



BismillahHirrohmanNirrohiim
ya Allah daku mohon bantuan Mu
ku pasrahkan doa hanya kepada Mu
dikala hatiku bergembira dan berduka
rahmati diriku dengan belas kasih Mu
kurniakan kami kasih-sayang Mu
berikan kami keredhaan Mu
sesungguhnya belas kasih Mu amat hebat

BismillahHirrohmanNirrohiim
ya Allah daku mohon bantuan Mu
hatiku gundah gelisah
jiwaku memerlukan kasih Mu
rinduku tulus ikhlas pada segala
hanya kepada Mu luahan hati ku tadahkan
kerana kasih sayang Mu terlalu utuh
belas kasih Mu sungguh hebat

BismillahHirrohmanNirrohiim
ya Allah daku mohon bantuan Mu
hanya kepada Mu kami memohon
hanya kepada Mu kami bersyukur
hanya kepada Mu kami menyembah
tiada Tuhan melainkan Mu ya Allah
kasih mu amat tulus
tiada tanding tiada kuasa
hanya kepada Mu kami memohon
permudahkanlah urusan kami
jauhkan kami dari segala musibah
lindungi kami dari segala bala-bencana
pimpin kami ke jalan redha Mu
perkuatkan amalan kami hanya kepada Mu
bimbing kami sentiasa menjaga solat 5 waktu
bantu kami dalam mematuhi perintah larangan MU
kasihi kami ya Allah
sayangi kami ya Allah
sesungguhnya belas kasih Mu
amat hebat
Aamiin ya Allah


Friday, April 1, 2016

tak cukup sudahkah fitnah mu

fitnah 
kau asyik menabur kata sangka
kau leka menabur durja khianat
kau sengaja menabur wajah dusta
sungguh hebatkah diri mu

fitnah
mendakap dosa saudara yang mulia
mengusik semangat saudara yang tulus
menjajah cerita nista saudara yang ikhlas
bersembunyi dalam watak keliru
adakah kau sudah hebat

fitnah
rakyat bingung celaru
disergah lirik-lirik mimpi lalu
didendangkan suara kelam derita
sungguh pelik cerita mu
hebat sangatkah diri
menabur janji fitnah kemaruk
disaat maut mengintai usia
sudah-sudahlah...

Hebatnya kasih Allah

KasihNya Allah
Terlalu Hebat
Suka Duka Jalan kehidupan
Ada rahsia dalam rahsia
Ada Janji berlafaz Janji
Buat hamba yang berharap kasih
Bahagia sudah pasti 


KasihNya Allah
Sungguh Hebat
Segala tangis duka usah dikesali
Dalam Sendu Pasrah ada rahmat
Dalam Hiba rindu ada cahaya indah
Buat hamba yang tabah menyerah
Bahagia hampir pasti

KasihNya Allah
Amat Hebat
Dosa terjajah ada pengampunan
Silap rencana ada hikmah baiknya
Jangan mengguris luka hampa
Jangan menghampar kecewa lara
Buat hamba yang cekal redha
Bahagia muncul pasti

KasihNya Allah
Maha Hebat
Patuhi dan Taat
Kunci Kasih pasti akan hamba temui
Disaat hijab terbuka
Pada ketulusan rasa kasih
Pada ikhlasnya doa rindu
Untuk seorang hamba
Yang diredhai Allah

KHAS BUAT YAB DATO' SERI DR HAJI AHMAD ZAHID HAMIDI - DOA KAMI


Dato' Seri
Doa Kami
Teruskan langkah perjuangan
Jangan mudah mengalah
Disisi setiap munajat
Hadir menemanimu
Dikau diantara pemimpin yang dikasihi

Disini
Himpunan kasih mendakap suka-duka
Memohon pada yang Maha Esa
Meminta pada yang Maha Pengasih
Moga kasih kita utuh
Dikau berjiwa rakyat
Bersemi dalam kalungan doa-doa sepi

Disini
Rasa Kasih tidak akan punah
Rasa Cinta tak akan terhakis pecah
Pada Rindu Ukhuwahnya saudara
selamanya
dunia akherat...
salam kasih penuh kemuliaan