Thursday, February 11, 2016

hanya Allah


teman
jangan sedih ya
bila kau berduka
bila kau kecewa lara
bila kau sering terusik
kerana Allah pasti bersamamu

teman
jangan sedih ya
bila kau tersilap
bila kau tersesat
bila kau resah gelisah
kerana Allah Maha Pengampun

teman
jangan sedih ya
bila kau terlupa
bila kau terhina
bila kau berduka 
kerana Allah Maha Pengasih

teman
jangan lupa ya
bila kau gembira

bila kau bahagia
bila kau bersuka-ria
kerana Allah sentiasa Melihatmu

teman
jangan lupa ya
tunaikan solatmu
tunaikan amanahmu
tunaikan janji katamu
tunaikan bisikan doamu
kerana kita akan kembali
kembali kepada Allah

teman
jangan lupa ya
jaga hati ibubapa
jaga hati kasih saudara
jaga hati pada taubat nasuha
jaga hati pada amalan mulia
kerana kita akan pulang
pulang kepada Allah

teman
jangan lupa ya
hanya Allah yang satu

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.