Saturday, February 27, 2016

BIILA AKU SUDAH JATUH CINTA


bila aku sudah jatuh cinta...
ku cuba meraih lukisan silam
ku cuba mengintai mimpi duka
pada janji-janji dikhinati
sakit berbisa berpaling tiada
itu bila aku sudah  jatuh cinta

bila aku sudah jatuh cinta
ku cuba pendamkan rasa luka terkecewa
ku cuba mencari luka-luka semalam
pada jiwa hati melara
amat menyakitkan....

bila aku sudah jatuh cinta
ku  cuba lupakan sepi semalam
ku cuba mengintai rindu doa celaru
pada air mata sepi pedih terluka
pada resah gelisah lara
dibuai  mimpi-mimpi kelam membuta
bila aku terjatuh dari cinta

bila aku sudah jatuh cinta
ku harap mimpi semalam akan pergi
ku harap rindu semalam akan kembali
kerana
aku sudah jatuh cinta
cinta  untuk mu...



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.