Monday, January 11, 2016

maafkan aku

maafkan aku
mengukir rindu senja dihatimu
pada warna-warna yang kelam
penuh ikhlas penuh rasa kasih
maafkan aku ya

maafkan aku
merinduimu dalam diam
menyayangimu penuh resah
mendoakanmu dalam gundah
kerana
aku amat cintakanmu
maafkan aku ya

maafkan aku
dikala ku dendangkan lagu sepi
dikala aku mengukir hujan rindu
dikala aku mengingatimu
pada malam-malam resahku
maafkan aku ya

maafkan aku
kerana aku amat mencintaimu

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.