Monday, January 11, 2016

aku mencintaimu kerana Allah

sungguh aku mencintaimu
pabila kudakap kasih tulusmu
pada cinta takwa 
memperhambakan diri
hanya kepada Allah

sungguh aku mencintaimu
pabila rinduku resah gelisah
pada cinta yang hakiki
mengasihi seikhlas hati
hanya kerana Allah

sungguh aku mencintaimu
pabila pena tinta berbisik 
pada suara hati yang tulus
menemaniku dikala berduka
hanya kerana Allah

sungguh aku mencintaimu
pabila kau tadahkan kasih doa
pada cinta kerana Allah
selamanya

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.