Wednesday, December 23, 2015

luahan hati

disini
telah lama aku idamkan
pada satu harapan
bukan mahu dipuja
bukan mahu diherdik
bukan mahu dicerca
yang pasti
aku mahu berlari kelangit

disini
cinta kasih pernah kukutip
walau terkadang-kala perit nista
walau acap-kali diragut gelisah
walau dijajah kejam derita
yang pasti
aku mahu berlari kelangit

disini
air mataku sakit pudar
keringat sepiku sepi senja
berterabur segala cita
mulalah fitnah dicerca
terjahit dalam cebisan gundah
membuat aku gelisah berharap
berlari dan terus berlari
bersama rasa kasih terkilan
mengharap damainya hati
harum mekar selamanya

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.