gelisahku mula hadir
berserabut segala derita
bercatur segala gundah
ada banyak mahu difikir
kacau-bilau segala
gelisahku mula hadir
gelisahku
mulalah bermain durja
terkadang-kala menelan duri nista
amat payah dimuntahkan
amat sakit diluahkan
menusuk segala sisa fitnah
kucar dalam gelisahku
gelisahku
apakah mungkin berakhir
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.