Monday, October 20, 2014
aku pulang.....sandakan
aku pulang
walau secebis karat terluka
pada harapan dan janji
bukan mahu mengata
yang dicaci dan terhina
tunggu
aku pulang
mencubit rasa rindu
berbicara pada bulan purnama
meratap hujan merintih
dibawah lindungan yang Maha Esa
tunggu
aku pulang
menjahit luka-luka semalam
walau terfitnah buruk sangka
ada aku kesah
peduli pada bicara lara
pura-pura
segalanya dusta
tunggu
aku pulang
apa aku peduli
aku rindukan mereka
bukan dusta buruk sangka
sakit menyakitkan
mencelah petir guruh
pada rasa benci
disakiti
tunggu
aku mahu pulang
tunggu
hina akan mulia
kau akan rasa malu
penuh luka melarat
tunggu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.