Sunday, September 14, 2014

rindu hatiku.....mengapa mereka tak mengerti.......pra-sangka jadi taruhan.....aku akan pergi jua....





maafkan aku...
meluah rasa hati perit
kadang pedih menyakitkan
memadamkan kenangan derita
hanya semalam
kerana pra-sangka fitnah...

maafkan aku...
memuntahkan rasa hati
keluh gelisah benci rindu
membutakan rasa kasih
hanya seketika
kerana salah-sangka duri berbisa

maafkan aku...
mendiamkan diri...
sakit bila di sakiti
rindu pabila dilupakan...
benci bila di dustakan
oleh cerita kisah derita
kerana buruk sangka yang tak sudah

maafkan aku...
mohon dimengerti...
pra-sangka jadi taruhan...
bila senang didekati...
bila susah disakiti...
terbiar dan hanyut kelam...
fitnah jadi bebanan...
sungguh kejam dunia ini...
kerana lidah membutakan kasih

maafkan aku...
andainya aku akan pergi...
membawa diri sekali lagi...
membawa luka yang sudah bernanah
membawa rindu yang menyakitkan...
amat sakit amat terhina...
sudah-sudahlah...menyakitkan...
maafkan aku....

maafkan aku...
andai menyepikan diri
kerana aku kusut derita
pada kasih yang tak mengerti...
aku akan pergi jua..............

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.