Tuesday, September 16, 2014

rajuk hatiku...


rajuk hatiku...
kubawa pergi
tiada siapa yang tahu
lama sudah aku berkelana
sepi bertemankan rindu

rajuk hatiku...
meniti ranting-ranting rapuh
tiada siapa ambil peduli
terlalu lama menyepi
sepi bertemankan kerinduan

rajuk hatiku...
melangkah di atas bara luka
tiada siapa mahu cuba mengerti
menemani rasa kasih
sekian lama berkubur dusta

rajuk hatiku...
tersepit dalam igauan doa
tiada lagi segalanya
kerana...
rajuk hatiku....

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.