Wednesday, March 30, 2016

KAU FIKIR KAU SIAPA!

Kau  Fikir kau siapa!
lupa pada perintah Allah
solat ditinggal-tinggalkan
doa dipermain-mainkan
puasa diputar-belitkan
dosa dikibar-kibarkan
pahala dipuja khianat
hina sungguh
dikala maut hampir tiba!

kau fikir kau siapa!
menabur fitnah mencerca sangka
memuja maksiat-maksiat dunia
segala carut dihias luka
mabuklah segala usia muda
berjanjilah 
nantilah
tunggulah
adakah kau sudah pasti!
maut mu mentertawakan mu
menanti duka
hina sungguh
disaat kematian terhenti!
Allah...

kau fikir kau siapa!
leka dengan kemaruk dunia
gusar dengan amalan seuncang sisa
bangga pada sedekah jariah
ego pada bisikan-bisikan khianat
alamak!
mana mahu lari!
maut selalu memerhati!
hampir tiba!

kau fikir kau siapa!
tak takut mati ke!
alahai!
ruginya diri!
kau fikir kau siapa!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.