Tuesday, November 10, 2015

GILA KUASA!

Gila kuasa!
adakah aku gilakan kuasa!
mengherdik sang penjajah cerita
mencarut harum berbunga gelisah!
mencuba memuji hebatnya diri
pada sang kuasa gilakan kuasa!
gila kuasa kah diri ?

Gila kuasa!
menjatuhkan maruah bangsa!
menabur benih fitnah melata durja!
mahu punya nama yang hebat!
mahu punya harta yang cukup dasyat!
biar papa kedana harga diri!
lupa pada janji setia!
gila-gila sungguh!

Gila kuasa!
keparat hidup dalam jiwa
membusuk bangkai derita
membiarkan derita berduka!
berteman sang pencacai gila!
gilakan kuasa! gilakan mimpi dunia!
membuat diri tersungkur hina
gila sungguh!

Gilakan kuasa!
siapa yang tahu!
ada aku kesah!
tunggu dulu! biar betul! aku gilakan kuasa!
hahaha! gilakah sungguh!
sungguh gila!
hina sungguh...

Gilakan kuasa!
tak takut mati kah!
ada bebanan duka melarat nanti!
sungguh malunya diri!
malu sungguh!
disaat Maut menjemput kembali...
sungguh sakit menyakitkan!


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.