Saturday, February 16, 2013

ada-ada saja

ada-ada saja
mahu memimpin
mahu dipuja
mahu segala
walau hanyir bau berdusta
lupa disaat nafas terhenti

ada-ada saja
kelam-kabut segala
mencarut juga mahu
walau darah diludah derita
yang penting ada kuasa
lupa dikala nafas berduka

ada-ada saja
berjanji segala kata
melukis segala madah
khuatirlah segala dosa
dalam hirisan rasa bongkak
lupa pada sakitnya maut melanda

ada-ada saja
menabur segala hina fitnah
mahu sanjung
tak mahu dicerca
membuak segala nafsu
kecut dan jadi pengecut
lupa pada peritnya perjuangan
yang pernah diikat kasih bersama
ada-ada saja
pulanglah 
sebelum nafas terhenti...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.