Monday, October 22, 2012

gusarnya hatiku

disini
hatiku gusar
macam-macam berkecamuk
tiada rasa ketenangan
ada bisikan jahat
membuat aku gagal mencuba

disini
tiada niat menghina mencerca
apatah lagi menghasut marah
cuma ada rasa sangsi duka
diguna dan diperguna dalam hidup
demi kebahagiaan insan lain
adakah ini dusta berbisik 

disini
kucuba menjatuhkan maruah
kucuba sedaya tanpa hasad
tanpa inginkan pujian melata
cuma mahu membahagiakan
atas nama saudara sedarah

disini
aku kusut dalam jiwa yang takwa
kadang-kadang mencela bisikan
menghasut fikiran musam
dalam memecahkan keikhlasan
Ya Allah...
tolonglah hambaMu ini
daku keliru dan bingung duka
pada susun cara terbuka
pada usaha diberikan
untuk insan-insan yang sedarah
diantara mematikan diri
diantara menghidupkan jasad
pada semangat ukhuwah

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.