Tuesday, April 10, 2012

BAPA...AKU RINDUKAN MU


bapa
apa khabarmu
aku rindukan mu
hatiku terusik dikala ini
membuat jiwaku kosong lara
bertemankan kenangan-kenangan indah
disaat kulihat air mata bapa tersisih jauh
bapa...aku rindu sangat padamu

bapa
anakmu ini merinduimu
acap kali jiwaku kacau
berantaikan dendam kasih membara
dalam selimut derita taubat
berpayungkan sesal larat

bapa
aku rindukanmu sangat
dikala ini
disaat kenangan itu mengusik
pada ingatan rindumu
pada titisan air matamu
yang pernah kulihat berseorangan
diatas lantai usang rumah lama kita
yang telah lama tersungkur
sedih dan amat memeritkan

bapa...
aku rindukan mu bapa
aku mahu pulang
aku mahu disamping
pabila kasih itu hadir selamanya

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.