Friday, April 1, 2016

tak cukup sudahkah fitnah mu

fitnah 
kau asyik menabur kata sangka
kau leka menabur durja khianat
kau sengaja menabur wajah dusta
sungguh hebatkah diri mu

fitnah
mendakap dosa saudara yang mulia
mengusik semangat saudara yang tulus
menjajah cerita nista saudara yang ikhlas
bersembunyi dalam watak keliru
adakah kau sudah hebat

fitnah
rakyat bingung celaru
disergah lirik-lirik mimpi lalu
didendangkan suara kelam derita
sungguh pelik cerita mu
hebat sangatkah diri
menabur janji fitnah kemaruk
disaat maut mengintai usia
sudah-sudahlah...

Hebatnya kasih Allah

KasihNya Allah
Terlalu Hebat
Suka Duka Jalan kehidupan
Ada rahsia dalam rahsia
Ada Janji berlafaz Janji
Buat hamba yang berharap kasih
Bahagia sudah pasti 


KasihNya Allah
Sungguh Hebat
Segala tangis duka usah dikesali
Dalam Sendu Pasrah ada rahmat
Dalam Hiba rindu ada cahaya indah
Buat hamba yang tabah menyerah
Bahagia hampir pasti

KasihNya Allah
Amat Hebat
Dosa terjajah ada pengampunan
Silap rencana ada hikmah baiknya
Jangan mengguris luka hampa
Jangan menghampar kecewa lara
Buat hamba yang cekal redha
Bahagia muncul pasti

KasihNya Allah
Maha Hebat
Patuhi dan Taat
Kunci Kasih pasti akan hamba temui
Disaat hijab terbuka
Pada ketulusan rasa kasih
Pada ikhlasnya doa rindu
Untuk seorang hamba
Yang diredhai Allah

KHAS BUAT YAB DATO' SERI DR HAJI AHMAD ZAHID HAMIDI - DOA KAMI


Dato' Seri
Doa Kami
Teruskan langkah perjuangan
Jangan mudah mengalah
Disisi setiap munajat
Hadir menemanimu
Dikau diantara pemimpin yang dikasihi

Disini
Himpunan kasih mendakap suka-duka
Memohon pada yang Maha Esa
Meminta pada yang Maha Pengasih
Moga kasih kita utuh
Dikau berjiwa rakyat
Bersemi dalam kalungan doa-doa sepi

Disini
Rasa Kasih tidak akan punah
Rasa Cinta tak akan terhakis pecah
Pada Rindu Ukhuwahnya saudara
selamanya
dunia akherat...
salam kasih penuh kemuliaan


Wednesday, March 30, 2016

KAU FIKIR KAU SIAPA!

Kau  Fikir kau siapa!
lupa pada perintah Allah
solat ditinggal-tinggalkan
doa dipermain-mainkan
puasa diputar-belitkan
dosa dikibar-kibarkan
pahala dipuja khianat
hina sungguh
dikala maut hampir tiba!

kau fikir kau siapa!
menabur fitnah mencerca sangka
memuja maksiat-maksiat dunia
segala carut dihias luka
mabuklah segala usia muda
berjanjilah 
nantilah
tunggulah
adakah kau sudah pasti!
maut mu mentertawakan mu
menanti duka
hina sungguh
disaat kematian terhenti!
Allah...

kau fikir kau siapa!
leka dengan kemaruk dunia
gusar dengan amalan seuncang sisa
bangga pada sedekah jariah
ego pada bisikan-bisikan khianat
alamak!
mana mahu lari!
maut selalu memerhati!
hampir tiba!

kau fikir kau siapa!
tak takut mati ke!
alahai!
ruginya diri!
kau fikir kau siapa!

jika Allah membantu


jika Allah membantu...
semua doa mu pasti terbuka hijab
segala kusut resah pasti terlerai
hanya jika Allah membantu

jika Allah membantu...
jangan mudah mengalah
jangan bersedih duka
himpunkan sisa taubat 
pada doa-doa munajat
memohon keampunan
disaat duka-duka sepi melara
hanya jika Allah membantu

jika Allah membantu...
tidak ada sesiapa dapat menghalang
kasih Nya amat hebat
bantuan rahmat Nya terlalu luas
lindungan redha Nya sentiasa wujud
pada doa-doa teraniaya
pada mata-mata yang menangis
pada hiba dukanya hamba
meluah cinta yang tulus...
jika Allah membantu

jika Allah membantu
kau akan temui
keredhaanNYA

derita yang dicarut

derita yang dicarut
ada sisa gusar gundah
leka pada mimpi nafsu serakah
ketawa diatas pusara dunia
hanya menanti wajah-wajah keliru
pada watak-watak kemaruk kuasa
habislah diri!

derita yang dicarut
berdiri berpayungkan sangka-sangka buruk
berlari dalam warna-warna kelam
lupa!
pada janji-janji
pada sumpah serakah
pada carut-carut yang ditangisi
keliru amat mengelirukan
malangnya nasib!

derita yang dicarut
dikhianati mengkhianati
membongkar rahsia roh diri
berceritalah segala durja kuasa
pangkat dijajah melata
harta dihias bertimbun duka
sungguh kecewa
pada saat tibanya
maut disisi!

derita yang dicarut
bermegah pada raut yang suci
menipu dan berasa tertipu
dijual dan terjual keliru
maruah hampir tercalar
aduhai!
derita yang dicarut

Tuesday, March 1, 2016

bila maut menjemput



pabila maut menjemput...
berakhirlah segala bicara
tamatlah segala kata
pada janji-janji amanah
pada baik-buruknya amal didunia
menyentap segala aib-aib derita
sakit tidak kepalang
maut mencarik-carik dosa lara

pabila maut menjemput...
tinggallah segala cerita
pada harta-harta melata
pada pangkat-pangkat terjajah
pada raut-raut wajah penuh kepalsuan
ketawalah dosa-dosa terpahat
menangislah pahala-pahala tersisih
membuat wajah-wajah keluh kesah
kau jawablah nanti!
disaat jasad roh mu dikembalikan
didalam duka-duka bilik derita
sakit bukan kepalang
hancur segala tulang-belulang dusta

pabila maut menjemput...
hanya amal jadi tinta taruhan
yang baik terbuka indah
yang buruk terhina kelam
berbicaralah soal Mungkar Nangkir
ya Allah amat sakitnya...
bila beban dosa dipukul derita
tiada lagi doa terhimpun
bertalu-talu melaung keampunan
pada janji-janji terkhianat
barulah mahu sedar!
solat ditinggal-tinggalkan...
amanah diremeh-temehkan
malu tidak terkata!

pabila maut menjemput...
kita akan pulang
ada beban amanah
ada pertanggung-jawaban
menuntut segala
bagai-mana nanti!