Tuesday, October 8, 2013

aku sedar aku salah jika itu kemahuan hati kamu

aku sedar aku salah jika itu kemahuan hati kamu...fahami hati kecilku buat mereka yang masih belum sedar.....

maafkan aku...
aku sedar aku siapa
aku sedar diriku hina
bukan macam yang lain
fitnah sakit buatku...aku sakit..amat sakit jika itu kemahuan hati kamu...

maafkan aku...
aku sedar banyak dosa banyak kesilapan
aku tahu aku siapa
bukan macam kamu
kamu baik kamu tiada terfitnah
hebat kamu ya...
tapi ingat...fitnah sakit buatku....aku sakit...amat sakit jika itu kemahuan hati kamu...

maafkan aku....
aku sedar kita sudah lama berpisah
kita telah lama saling merindui...tapi
kenapa ada bisa sakit aku lalui...sakit air mataku harini 8hb.10.2013
sakit hatiku...amat sukar aku luahkan...malah aku muntahkan...kenapa
ingat...fitnah sakit buatku...aku sakit...amat sakit kali ini...

maafkan aku...
jika ini kali terakhir aku berbicara...hatiku terguris lagi..atau ada yang tak puas hati....
kenapa...kamu mahu lagi...mahu apa....tidak cukupkah menyakiti hati kecilku....
aku juga punya hati kecil....
aku juga punyai hati kecil...yang merindukan kamu..
yang menyanyangi kamu...
yang mengasihi kamu...
yang amat cintakan kamu...
tapi....kenapa mahu menyakiti hatiku lagi...kenapa...salahkah aku....apa dosaku

maafkan aku....
jika....aku akan pergi jauh...jauh. dan jauh dari sisi kamu...
aku sedar aku siapa...
aku seorang pengembara yang pernah terluka...tersakiti dan terfitnah...
jika itu kamu mahu...tolong biarkan aku seorang...
tolong....
kerna aku amat sayangkan kamu......
selamanya.............................

Sunday, September 1, 2013

Malaysia Tanah Airku..





disini kakiku berpijak
disini darahku mengalir
pada setiap langkah harapan
pada setiap denyutan nafas tulus
damai ditanah warisan

disini hatiku berharap
disini cita impianku menggenggam doa
pada kasih semangat utuh
pada eratnya perpaduan kaum
bangganya aku anak Malaysia

disini
doaku 
bermunajat penuh
moga tanah tumpah darahku mekar selamanya
merdeka dan terus merdeka Malaysiaku

Thursday, July 18, 2013

terima kasih gadis yang bernama jariah

jariah
ada watak duka lara mu
ada cerita dalam mimpimu
ada harapan dalam kasihmu
hanya yang mengerti rasa deritamu
terima-kasih...

jariah
rindu itu tajam buatku
asyik jadi kenangan terluka
mendamba cinta derita
berdendangkan senja tawamu
terima-kasih...

jariah
tahu tidak
kasihmu luhur dalam sepi
jangan kucarkan duka ayah ibu
jangan terlena pada duka dendammu
jangan merajuk membawa diri
insyaALLAH pasti ada jalannya
terima-kasih

jariah
terima-kasih bersama luka hatiku
kuimpikan kasih kenangan manja
disaat dikau berlari kelangit indah
bertemankan pelangi senja
bahagialah kasih kita
kerna
kau gadis istimewa
penuh watak kasih tersirat
terima-kasih


Tuesday, July 9, 2013

senja ramadan...

senja ramadan
ada duka mengheret doa
ada rindu mencarik dusta
pada diri yang hampir terlupa
hampir hilang tersungkur hina
senja ramadan

senja ramadan
sudah lama aku rindukan
terkadang layu menghempas derita
berdiri pada duri-duri berbisa
menari dan hampir terlena buta
pada dosa yang membebankan
pada taubat yang dilengah-lengahkan
senja ramadan

senja ramadan
jangan terbiar hilang tersisih
jangan melatah dusta pahit tersisih
jangan berpura berdendang luka
pasti jalan berliku sepi
pasti tersungkur terhina 
senja ramadan

senja ramadan
jalan ini telah bermula
peluang masih ada
teruskan langkah terluka
pasti
redha Allah akan hadir
disaat rindumu harum mekar
pada suatu harapan
senja ramadan




salam kasih buatmu
dato' haji mohd najib
terima kasih atas jasamu
terima kasih atas keringat kasihmu
moga redha Allah hadir bersamamu
terus bersama kami
terima kasih

salam kasih buatmu
dato' haji mohd najib
terima kasih atas ketulusan rindumu
moga rahmat Allah tetap bersamamu
terus bersama kami
terima kasih

salam kasih buatmu
dato' haji mohd najib
terima kasih pada segalanya
hanya doa kami hamparkan
moga kasih kita erat bersatu
didunia akherat
terima kasih
salam kasih

Monday, April 22, 2013

kasih buat Datuk Najib dan Tan Sri Muhyiddin - luahan rasa kasih dari kerinduan hati rakyat- ingatan kepada calon











salam kasih
hanya mereka yang mengerti
memahami rasa gelisah
merindui kasih yang tersisih
hampir tersingkir menyepi diri

datuk seri 
moga BN akan menang besar PRU 13
itu doa harapan
bukan mempersenda
doa munajat hadir setiap detik

datuk seri
disini
gelisah mohon dimengerti
doa teraniya terbuka hijab
pada mereka yang tersisih
pada mereka yang diaibkan
pada mereka yang penuh bongkak
memuji atas kesempatan
pada pangkat duri berbisa
didoakan mereka ini tewas
pada aniaya mereka kepada saudara

datuk seri
moga BN akan menang PRU 13
moga yang berlindung sombong rebah
moga yang melukakan terhina
moga yang mengkhianati tersungkur
moga yang manis dibibir tersisih duka
moga yang takbur hati jatuh kalah
moga yang berwatak palsu teraib
moga mereka ini tewas
kerna penuh watak tersirat disisimu
kerna menyakitkan gundah rakyat 
kerna melakonkan watak dusta
kerna ada doa teraniaya terbuka hijab

ya Allah
kami perlukan pimpinan 
Datuk Najib dan Tan Seri Muhyiddin
kami kasihkan pemimpin ini
kami kasihkan pemimpin yang setia
moga redaMu kekal disisi
moga yang khianat dijauhkan
moga yang melukakan tewas
moga BN menang besar PRU 13
Aamiin Ya Allah



Wednesday, April 3, 2013

Moga Barisan Kerajaan Pimpinan Dato'Haji Mohd Najib Kekal Utuh 2013- saya pilih barisan nasional PRU 13



mulalah 
kita pilih barisan nasional
kita jangan keluh-kesah
berpadu dalam kasih semangat
memecahkan segala carut fitnah
bersatu selamanya

mulalah
kita pilih barisan nasional
bersama berganding
menyatukan kasih bangsa
hidup aman damai dibumi warisan
bersatu rasa kasih 
damai pada segala

mulalah
kita pilih barisan nasional
satukan bangsa
demi kedamaian tanah kita
demi harmoninya anak bangsa
demi semangat darah kita
demi negara tercinta
tanah Malaysia

mulalah
kita pilih barisan nasional
kita eratkan rasa kasih
kekalkan barisan pimpinan
pada satu harapan satu impian
penuh semangat

disini
kita kekalkan barisan nasional
kita mahukan kedamaian
kita mahukan kesetiaan
kita mahukan kebahagiaan
kita doakan kemenangan
pada barisan pimpinan
pada barisan nasional
dalam satu semangat
bangsa Malaysia

disini
mulalah
kita terus bersama
undilah barisan nasional

luahan rakyat Malaysia,

saya pilih barisan kepemimpinan Dato'Sri Haji Najib Tun Abd Razak bersama Tan Seri Dato'Haji Muhyiddin Hj Mohd Yassin bersama barisan pemimpin yang lain dibawah barisan nasional,

 setiap kita berhak memilih siapa yang kita mahukan men jadi pemimpin,itu hak setiap rakyat,

kita jangan berpecah, 

kita satukan rasa kasih saudara,walau kita berbeza fahaman politik,

kita mahu membina bangsa Malaysia yang hidup aman-damai dan kita ketepikan anasir luar yang cuba mengkucarkan bangsa kita,

setiap pemimpin itu ada kelebihan dan kelemahannya,

 kita doakan yang terbaik kepada mereka dan bagi mereka peluang memperbaiki segala kelemahan yang ada,

 jangan kita berpecah,

saya pilih barisan nasional 2013