Monday, December 29, 2014
TERLUKA ITU SAKIT
Terluka itu sakit
adakala berbalut derita
tak siapa ambil tahu
disaat hatiku sepi
disakiti terluka sepi
terluka itu sakit
acap kali terhiris dusta
penuh sangka buruk berbisa
hanyir berbau nista
terluka itu sakit
sengaja membutakan mata hati
pada lantai kasih yang berduri
amat sakit dan menyakitkan
sukar dilupakan
terluka itu sakit
Saturday, December 6, 2014
malaysia boleh..AF SUZUKI CUP 2014
ayuh kita jeritkan kemenangan
kita panjatkan doa
kita satukan sokongan
kita satukan harapan
malaysia boleh
ayuh
sorakkan suara doa
kita lemparkan laungan Malaysia
pada satu semangat
malaysia boleh
ayuh
teruskan perjuangan
semarakkan rasa cinta
diatas tanah warisan
pada satu amanah
malaysia boleh
disini
kita pasti berjaya
kita pasti gemilang
penuh kejayaan
Malaysia Boleh...
Friday, October 31, 2014
kenapa tak sabar....aku juga penat...
kenapa tak sabar
suka sangat buat fitnah
suka sangat buat cerita
suka sangat buruk sangka
aku juga penat......
penat sangat
kenapa tak sabar
suka memburuk-burukkan
suka mengata-nista
suka pada kedurjanaan
aku juga penat......
penat sangat
kenapa tak sabar
suka menuduh yang bukan-bukan
suka sangat menghina
suka melihat orang berduka
aku juga penat......
penat sangat
kenapa kamu tak sabar
dulu aku dihina dicaci dikata
dulu aku dicerca diumpat derita
dulu aku tersisih celaru
aku derita siapa tahu
aku sedih siapa ambil kisah
aku juga sudah penat....
penat sangat-sangat
kenapa tak sabar
sabarlah....
kamu diduga dengan cobaan
kamu diuji dengan kesabaran
kerana
aku amat sayangkan kamu...
mengertilah darahku
Wednesday, October 22, 2014
moga berjaya spm 2014...
jariah
moga berjaya spm 2014
menghitung berlari
antara kisah duka
tempuhi dengan tabah
lakarkan cerita indah
diatas warna pelangi senja
jariah
moga berjaya spm 2014
kosongkan kenakalanmu
jajahkan pengorbananmu
ketepikan sikit kerisauanmu
kerna
kau akan berjaya...
jariah
bertepuklah bercerita
terbang menemani kasih Ilahi
membuka pintu doa hijab
pada lafaz BismillahHirrohmanNirrohiim
yakin tawakkal
kerna
kau akan bahagia
jariah
pintu kejayaan bukan dipuja
jendela impian bukan dipinta
bangun dan berlarilah
menggapai cita-cita
jangan bermimpi dusta
yakini diri...
pada kerendahan hati
kerna
kau pasti temui kedamaian
jariah
ingat
letakkan diri disisi Yang Maha Esa
simpankan kasihmu
kasihi ibubapamu
sayangi temanmu
kerna
kau akan pasti berjaya....
inilah kenangan kita...
inilah kenangan
cerita ditinta
kasih dihulur
pada tulusnya hati
inilah kenangan
insan disisi
melakar cinta
mencari rindu
pada tepian pelangi senja
inilah kenangan
memulakan rasa kasih
pada sebahagian insan
hadir menemani
mekar harum selamanya
inilah kenangan
bukan mencoret luka
bukan mencerca hina
bukan membenci
tapi
menyayangi...
inilah kenangan
selamanya..........
Monday, October 20, 2014
aku pulang.....sandakan
aku pulang
walau secebis karat terluka
pada harapan dan janji
bukan mahu mengata
yang dicaci dan terhina
tunggu
aku pulang
mencubit rasa rindu
berbicara pada bulan purnama
meratap hujan merintih
dibawah lindungan yang Maha Esa
tunggu
aku pulang
menjahit luka-luka semalam
walau terfitnah buruk sangka
ada aku kesah
peduli pada bicara lara
pura-pura
segalanya dusta
tunggu
aku pulang
apa aku peduli
aku rindukan mereka
bukan dusta buruk sangka
sakit menyakitkan
mencelah petir guruh
pada rasa benci
disakiti
tunggu
aku mahu pulang
tunggu
hina akan mulia
kau akan rasa malu
penuh luka melarat
tunggu
Thursday, October 16, 2014
tolong jangan fitnah aku....
tolong jangan fitnah aku...
aku sedih
lukaku belum telah lama berkelana
apa salahku
tolong sangat jangan fitnah aku...
tolong jangan fitnah aku...
apa yang kau mahu...
menjajah cerita
buruk sangka
sakit hati ini...
tolong sangat jangan fitnah aku...
tolong jangan fitnah aku...
apa salahku...
aku tidak susahkan mu
selama ini
aku membawa diri...
sepi terluka...
tolonglah...
jangan suka-suka buat fitnah
kau tahu dari hati yang buta
kau tahu dari mereka yang sesat
kau tahu dari kasih yang lupa
mereka tak tahu sebenarnya
hanya busuk yang dicelah
mencarik keburukan
tunggu doa insan terfitnah
kau akan tersungkur...
Subscribe to:
Posts (Atom)




.jpg)
.jpg)


