apa dah jadi!
macam-macam derita dijajah
melukis resah mencengkam luka
meratap tanah-tanah usang
hilang rasa duka
sakit amat menyakitkan
apa dah jadi!
apa dah jadi!
jiwa bangsa tercalar buta
mencerca tawa-tawa dusta
pada sumpah khianat
bermimpikan mimpi-mimpi laknat
ditafsir dalam air mata berkarat
hilang sudah segala
apa dah jadi!
apa dah jadi!
mengejar nista-nista buas
menari dalam wajah-wajah usang
mengherdik kata carut nista
menjajah amanah anak bangsa
hilang sudah harga diri
sumpah-sumpah tersungkur
apa dah jadi!
apa dah jadi!
tunggu balasan Tuhan
Friday, January 29, 2016
bila aku sudah tiada
bila aku sudah tiada
tolong simpan kenangan itu
pada rasa kasih
pada rasa cinta
pada redha Allah
bila aku sudah tiada
tolong sangat jaga rindu itu
pada rasa takwa
pada rasa takut
diatas kuasa Allah
bila aku sudah tiada
tolong sangat-sangat doakan aku
pada rasa gelisah
pada rasa rindu
mengharap rahmat Allah
bila aku sudah tiada
tolong ya simpankan rindu itu
kerana
aku akan tetap mencintaimu
selamanya
tolong simpan kenangan itu
pada rasa kasih
pada rasa cinta
pada redha Allah
bila aku sudah tiada
tolong sangat jaga rindu itu
pada rasa takwa
pada rasa takut
diatas kuasa Allah
bila aku sudah tiada
tolong sangat-sangat doakan aku
pada rasa gelisah
pada rasa rindu
mengharap rahmat Allah
bila aku sudah tiada
tolong ya simpankan rindu itu
kerana
aku akan tetap mencintaimu
selamanya
maafkan aku
maafkan aku
berbisik rindu padamu
menghamparkan kasih
mencuba melakukan yang terbaik
maafkan aku
maafkan aku
meluahkan rasa resah hati
mendendangkan doa dendam
mencuba melakukan yang terbaik
maafkan aku
maafkan aku
mencuri derita dukamu
menjahit sisa-sisa luka
terhimpit dalam dosa melata
mencuba melakukan yang terbaik
maafkan aku
maafkan aku
kerana aku amat mencintaimu
selamanya...
Monday, January 11, 2016
terkadang kita lupa
terkadang kita lupa
pada mereka yang selalu mendoakan
pada mereka yang sering menghiburkan
pada mereka yang sentiasa bersama
dikala susah senang
sampainya hati...
terkadang kita lupa
pada kasih yang ditabur
pada rindu yang hadir
pada doa yang terhampar
menjagamu dalam sepi
dikala resah berduka
sampainya hati...
terkadang kita lupa
pada tawa bersama
pada kasih tulus berdendang
pada semangat saudara
disaat air matamu terluka
hilang sudah ingatan itu
melupakan segala
terkadang kita lupa
pada tanda kenangan
pada suara hati
yang pernah menyayangimu
selamanya
terkadang kita lupa
lupa segalanya
pada mereka yang selalu mendoakan
pada mereka yang sering menghiburkan
pada mereka yang sentiasa bersama
dikala susah senang
sampainya hati...
terkadang kita lupa
pada kasih yang ditabur
pada rindu yang hadir
pada doa yang terhampar
menjagamu dalam sepi
dikala resah berduka
sampainya hati...
terkadang kita lupa
pada tawa bersama
pada kasih tulus berdendang
pada semangat saudara
disaat air matamu terluka
hilang sudah ingatan itu
melupakan segala
terkadang kita lupa
pada tanda kenangan
pada suara hati
yang pernah menyayangimu
selamanya
terkadang kita lupa
lupa segalanya
maafkan aku
maafkan aku
mengukir rindu senja dihatimu
pada warna-warna yang kelam
penuh ikhlas penuh rasa kasih
maafkan aku ya
maafkan aku
merinduimu dalam diam
menyayangimu penuh resah
mendoakanmu dalam gundah
kerana
aku amat cintakanmu
maafkan aku ya
maafkan aku
dikala ku dendangkan lagu sepi
dikala aku mengukir hujan rindu
dikala aku mengingatimu
pada malam-malam resahku
maafkan aku ya
maafkan aku
kerana aku amat mencintaimu
mengukir rindu senja dihatimu
pada warna-warna yang kelam
penuh ikhlas penuh rasa kasih
maafkan aku ya
maafkan aku
merinduimu dalam diam
menyayangimu penuh resah
mendoakanmu dalam gundah
kerana
aku amat cintakanmu
maafkan aku ya
maafkan aku
dikala ku dendangkan lagu sepi
dikala aku mengukir hujan rindu
dikala aku mengingatimu
pada malam-malam resahku
maafkan aku ya
maafkan aku
kerana aku amat mencintaimu
aku mencintaimu kerana Allah
sungguh aku mencintaimu
pabila kudakap kasih tulusmu
pada cinta takwa
memperhambakan diri
hanya kepada Allah
sungguh aku mencintaimu
pabila rinduku resah gelisah
pada cinta yang hakiki
mengasihi seikhlas hati
hanya kerana Allah
sungguh aku mencintaimu
pabila pena tinta berbisik
pada suara hati yang tulus
menemaniku dikala berduka
hanya kerana Allah
sungguh aku mencintaimu
pabila kau tadahkan kasih doa
pada cinta kerana Allah
selamanya
pabila kudakap kasih tulusmu
pada cinta takwa
memperhambakan diri
hanya kepada Allah
sungguh aku mencintaimu
pabila rinduku resah gelisah
pada cinta yang hakiki
mengasihi seikhlas hati
hanya kerana Allah
sungguh aku mencintaimu
pabila pena tinta berbisik
pada suara hati yang tulus
menemaniku dikala berduka
hanya kerana Allah
sungguh aku mencintaimu
pabila kau tadahkan kasih doa
pada cinta kerana Allah
selamanya
Subscribe to:
Posts (Atom)