Wednesday, March 27, 2013

mahu memangkah


masanya akan tiba
mahu memangkah
mahu memilih
aku perlu berhati-hati

memangkah
jangan silap 
ada banyak janji 
bukan mahu memuji
aku perlu berhati-hati

mahu memangkah
bukan mudah 
segala simpati pasti ada
jangan berkeluh-kesah 
jangan berangan-angan
pasti
ada janji berbunga
ada janji tersisih
aku perlu berhati-hati

memangkah
aku sudah bersedia
hati-hati juga ada
bukan pada rasa puas
bukan jua segala
cuma
memangkah pada yang kasih
ada budi ada jasa
aku mahu memangkah

kenapa kita berpecah


berpecah
kenapa kita berpecah
mengadaikan maruah
mempersenda segala
mahu apa ?
jangan-jangan gilakan kuasa

berpecah
mengapa kita berpecah
memahat kasih yang indah
mahu melukakan segala
mahu apa ?
jangan-jangan mabuk kuasa

berpecah
itu yang dimahukan
menurut janji dusta
mencerca segala
khianat dan tamak- haloba
itu yang kau mahu
atau
kau mahu apa ?
jangan-jangan kemaruk kuasa

bangsaku
kita adalah saudara
pecahkan sahaja pengkhianat itu
benamkan dalam darah semangat
pada rasa kasih 
pada maruah yang dimuliakan
pada rindu gundah
mengharap redha Allah

kacau

kacau
sungguh kacau cercamu
pahit segala sengketa
memburukkan segala fitnah
terhina terluka
porak-peranda segala
kau memang kacau

kacau
memperebut segala cerita
menjajah segala bau kemaruk
menghina segala
kacau sungguh
lalu jatuh bertempiaran
punah-ranah kacaumu

kacau
dimana maruahmu
mempersenda memperaib derita
tamak pada segala
celaru dan membuta
sungguh kacau

kau
pengacau
kemana mahu lari
kemana...
Tuhan itu Maha Melihat
pasti dikau kacau
pada balasan yang teramat kacau
pada kekacauan fitnahmu
suatu hari nanti
kau akan kacau juga

sayangnya usia mudaku

sayangnya usia mudaku
merebut angan-angan
leka dalam warna jahil
sayang sungguh

sayangnya usia mudaku
ditakdirkan aku pergi
rugi segala
tinggallah aku sepi
payah dan amat menyakitkan
sayang sungguh

sayangnya usia mudaku
melemparkan segala cerca
pura-pura berduka
kadang-kala berdusta
hanyut dan tertipu
sayang sungguh

sayangnya usia mudaku
leka dan terlena
asyik bermain durja
ketawa tak berdendang
tidur dalam wajah-wajah sepi
terbiar dan  membiarkan rasa
sayang sungguh

sayangnya usia mudaku
berubahlah
pulanglah
kembalilah
sayang sungguh

Monday, March 18, 2013

kasih kita- buat Dato'Sri Hj Mohd Najib dan Datuk Seri Muhyiddin




kasih kita
moga damai disini
berteman segala rindu
erat selamanya
aamiin ya Allah

kasih kita
berjuang pada jalan kebenaran
bersatu dalam ikatan saudara
moga damai disini
erat selamanya
aamiin ya Allah

kasih kita
berteman doa ukhuwah
mesra dalam harapan tulus
mendambakan kedamaian
erat utuh 
berpanjikan doa saudara
kekal selamanya
aamiin ya Allah




moga rahmat Allah swt senantiasa hadir kepada  pemimpin yang dikasihi. teruskan perjuangan..


terima kasih Dato'Sri Haji Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak









Alhamdulillah
terima kasih Dato'Sri Haji Mohd Najib
moga Allah swt merahmatimu
disetiap langkah
pada setiap harapan
menemani  kasihmu
terima kasih

Alhamdulillah
terima kasih Dato'Sri Haji Mohd Najib
moga Allah swt mengasihimu
disetiap doa
pada setiap rindu 
menemani ukhuwah saudara
terima kasih

Alhamdulillah
terima kasih Dato'Sri Haji Mohd Najib
moga Allah swt meredhaimu
disetiap doa kasih 
pada ketulusan perjuangan
pada hamparan doa hijab
terima kasih

Alhamdulillah
terima kasih Dato'Sri Haji Mohd Najib
moga jalan kemenangan menghampiri
memecahkan segala celaru
menyatukan semangat kasih
berjuang bersamamu
terima kasih

Alhamdulillah
terima kasih Dato'Sri Haji Mohd Najib
senjata doa munajat akan hadir
kasih kami akan mekar utuh
rindu saudara berputik harum
segala damai akan tiba
mengenggam erat segala
damai selamanya



Friday, March 15, 2013

www.berlari kelangit.com ( berlari kelangit)

berlari kelangit



disini

telah lama aku idamkan


pada satu harapan


bukan mahu dipuja


bukan mahu diherdik


bukan mahu dicerca


yang pasti


aku mahu berlari kelangit





disini


cinta kasih pernah kukutip


walau terkadang-kala perit nista


walau acap-kali diragut gelisah

walau dijajah kejam derita


yang pasti


aku mahu berlari kelangit








disini


air mataku sakit pudar


keringat sepiku sepi senja


berterabur segala cita


mulalah fitnah dicerca


terjahit dalam cebisan gundah


membuat aku gelisah berharap


berlari dan terus berlari


bersama rasa kasih terkilan


mengharap damainya hati


harum mekar selamanya

Monday, March 11, 2013

Aini

aini
ada rasa cinta pernahku tabur
pada budi
pada bahasa
kasih yang mendalam
hilang diingatan

aini
ada rasa kasih pernahku hamparkan
pada rindu
pada dendam membara
teramat mendalam
kucar begitu sahaja

aini
ada bisik menangis dusta
berbicara segala lara
pada langkah membuta durja
pada pelukan celaka
hampir pudar menyakitkan
sampai hatimu

aini
dikala ini
mimpiku sudah punah kelam
disaat ini
aku hilang rasa kesal
menduga segala 
pada janji kasih
selamanya

Sunday, March 10, 2013

bila wujud Rasa Kasih



bila wujud rasa kasih
benci akan rebah mengelabah
rasa marah akan tewas
hanya yang mengerti dapat merasai
bila wujud rasa kasih

bila wujud rasa kasih
sinar wajah akan hadir
ada dakapan cinta 
penuh rasa tulus 
pada rasa kasih saudara
bila wujud rasa kasih

bila wujud rasa kasih
air mata amat mudah mengalir
rasa sebak memuntahkan kasih
hilang segala kemaruk benci
walau tidak sehaluan mata hati
bila wujud rasa kasih

bila wujud rasa kasih
dusta durja bertempiaran
hanya kedamaian hadir bersama
disaat nafas mula terhenti
pada ketulusan kasih kita
kekal diakherat sana



Saturday, March 9, 2013

Darah Semangat Pejuang






dibarisan ini
tanda kasih utuh disini
 membela warisan
penuh sumpah semangat
jasa darahmu amat dihargai
moga redha Allah hadir bersama

disini
kami doakan penuh tulus
teruskan perjuangan 
penuh semangat
air mata kasih jadi harapan
moga rahmat Allah hadir bersama

pejuang warisan
teruskan perjuangan
darah semangat hadir utuh
segala tembok derita akan tersungkur
musuh akan jatuh durja
menyisip segala doa munajat
menjadi benteng segala celaru
hadirlah kasih Allah
selamanya

darah semangat pejuang
moga redha Allah hadir
pasti
kemenangan milik kita
AllahuAkbar


al-fatihah buat pejuang negara kita...
moga senantiasa dibawah lindungan Allah swt...
moga negara kita aman damai selamanya....
salam kasih yang mendalam disetiap doa rakyat...
insyaAllah,Aamiin Ya Allah
Kemenangan milik kita


Sunday, March 3, 2013

Ya Allah Lindungi Negara Kami


al-fatihah buat para pejuang negara kita...



Ya Allah lindungilah negara kami
harapan kami hanya kepadaMu
teguhkan para pejuang kami
satukan tekad semangat 
kami pohon sangat-sangat ya Allah

Ya Allah lindungilah negara kami
berikan belas kasih 
moga ukhuwah terjalin penuh
bersatu mempertahankan tanah warisan
hidup dalam aman damai

Ya Allah lindungilah negara kami
moga rindu kasih kami damai disini
moga ada jalan mudah kepada kami
hidup bersatu tanpa berpecah
kami mohon sangat-sangat ya Allah

Ya Allah lindungilah negara kami
berikan semangat kasih 
lembutkan darah saudara kami
eratkan belas kasih 
moga damai bersama redhaMu

Ya Allah
hanya kuasa kasihMu hadir disisi
kami mohon belas kasihMu
lindungilah negara kami
Aamiin ya Allah

al-fatihah buat para pejuang negara kita...

moga ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman lagi beramal soleh....

jasamu senantiasa dalam doa dan ingatan......

teruskan doa munajat kita...

moga kedamaian hadir selamanya kepada negara kita...aamiin ya Allah