Wednesday, January 23, 2013

kasihmu Rasulullah s.aw. - salam hari lahir

ya Rasulullah s.a.w
betapa hebatnya kasihmu
betapa mulianya perjuanganmu
tulus penuh dengan cahaya iman
tiada tandingan
moga redha Allah bersamamu

ya Rasulullah s.a.w
jejak kasihmu luhur
tiada membezakan saudara
menyatukan kasih yang pudar
membelai ukhuwah
mendoakan setiap insan
penuh rasa kasih
tiada tandingan

ya Rasulullah s.a.w
kami akan sentiasa merindui
kami akan sentiasa mendoakan
kami akan sentiasa mengasihi
pada jasa kemuliaan
pada linangan air mata
pada setiap saat detik nafas 
pada penghormatan selawat
moga redha Allah bersamamu




Tuesday, January 15, 2013

Adik Adam Azhar- Kasih Allah bersamamu



adik adam
disini
beban ujian melanda
pada satu rasa kasih
mendakap semangat tabah
sering bertemankan rasa rindu
yang pasti bersinar kembali

adik adam
disini
hebatnya dugaan itu
menguji resah kasih
dalam suatu harapan
mengharap keredhaan Allah

adik adam
disini
kuatkan semangat
hikmahnya pasti ada
pada setiap langkah yang mengerti
pada setiap bicara yang tulus
bertemankan doa harapan
moga kasih Allah bersamamu


Saturday, January 12, 2013

Surat Buat Datuk Seri Najib




salam kasih
moga dalam redha Allah

datuk seri
bicara kata hati bermula
bukan menagih simpati
hanya meluah 
pada rasa kasih
pada rindunya ingatan
pada harapan amanah saudara
inginkan kedamaian
bersama rumpun bangsa

datuk seri
dalam jiwa ini
acap-kali suara hati merintih
adakalanya sukar untuk dilepaskan
bukan memuja pada rasa ego
bukan memuji pada rasa duka
bukan meminta kasih balasan
cuma simpati
pada kasih semangat
kasih pada perjuangan
tulusnya hatimu

datuk seri
dikala ini
kadang ada duka cerca menghampiri
terkadang ada khianat menusuk
kadang- kala ada melatah memuja
biarkan 
teruskan langkah hati
pedulikan duri-duri luka 
pedulikan wajah hati sempit itu
pedulikan...
kerna
setiap perjuangan
setiap ketulusan 
akan hadir menemanimu
pada doa munajat 
kasih saudara

disini
diatas tanah perjuangan
jangan melangkah pada rasa sulit
jangan membiar pada rasa duka
jangan rasa sedih pada fitnah lara
kerna
redha Allah pasti akan hadir
pada tafakur doa 
memayungi perjuanganmu
selamanya...


dedikasi harapan hati kecil rakyat;

moga kasih rahmat Allah senantiasa hadir bersama barisan pimpinanmu...

salam kasih




Tuesday, January 8, 2013

KASIH KITA


disini
bicara kasih mengukir kisah
ada hamparan doa berbisik rindu
mendoakan barisan pimpinan
menyapa segala harapan tulus
dalam semangat yang padu
insyaAllah jalan kemenangan akan tiba
teruskan pimpinanmu

disini
jangan patah semangat
doa-doa kami hadir bersamamu
pada rasa tulus penuh kasih
kerna Allah Maha Pengasih
doa hijab pasti terbuka
pada kasih saudara kita

disini
kami doakan
moga redha Allah hadir bersamamu




tembok derita

sudah lama
ada cerita dalam duka
ada kuasa berbisik durja
lalu bersepah macam sampah
berterabur berpecahlah segala

sudah lama
topeng-topeng gila bermimpi
mendustakan fitnah rakus
membakar kasih setiap jiwa
hanya mencaci dan memaki diri
lupa segala janji

sudah lama
ada nafsu mahu memerintah
mahu membalas segala kuasa
biar terpijak segala maruah
biar segalanya menjadi dungu
lena dan berangan-angan kelam
menanti janji yang tak pasti

sudah lama
kisah-kisah diketawakan
banyak putar-belit kasih terdusta
ditelan tanpa usul periksa
dimuntah amat payah sekali
semakin resah segala

sudah lama
memperlekehkan pejuang tulus
membisik menabur duri busuk
memuji pada kehebatan
hingga lupa
hidup bukannya lama
alahai nyawa
alahai badan
tembok derita sudah senja
mahu apa lagi

sudah lama
sudah-sudahlah
jangan sampai aib terbuka
pada kemurkaan Allah

bapa

bapa
rinduku datang lagi
segala lara duka hadir
teringat kasih duka
dikala jiwaku terusik resah
pada tanda kenangan 

bapa
apa khabarmu ?
bagaimana dengan keluarga kita
pada bicara rindu
pada kata kasih terdusta
amat menyakitkan urat diri

bapa
dukaku melara kini
acap-kali mimpiku kacau
adakala air-mataku kelam hampa
dikala jiwaku merinduimu
disaat kasihku penuh dendam duka
menghiris segala derita

bapa
aku mahu pulang
rinduku semakin gundah
kasihku terikat pilu
aku mahu pulang